Monday, January 11, 2016

Tauhu Sumbat

Assalamualaikum..

Tauhu Sumbat

LM penggemar tauhu sumbat. Selain tauhu sumbat LM suka sangat tauhu bakar dan tauhu goreng biasa cicah sambal kicap. 

Nak kata LM ni sangat gemar makan tauhu pelbagai jenis masakan tak juga. Sebab tauhu goreng dalam mee atau tauhu dalam sayur taugeh memang LM tak makan.. Hanya gemar tauhu yang ada cicah-cicah je kot? Sebab tak la rasa tawar je. Lagi satu LM sangat gemar tauhu inti ayam. Belah tauhu, LM sumbat ayam cincang yang dicampur cili api,bawang putih. Lepas tu celup tepung cair dan goreng. Makan cicah sambal kicap..sangat Johor... Ekeke

Tadi sibuk melipat baju sambil tengok tv. Bila terpandang jam 6.30 petang asa macam ada yang kurang. 

Rupanya terlupa buatkan tauhu sumbat si ayah. Dia tak mintak pun. Tapi tau sendiri la bila dia dah beli tauhu sebeban 10 biji. 

Lelaju buat, sebelah dapur goreng tauhu dan sebelah lagi buat sambal. Lelaju rendam taugeh dengan air panas..






Ni cara LM.. Kalau nak buat macam orang berniaga zaman moden ni pun boleh gak. Letak la daun salat secoet, timun bulat senipis mungkin dan letak carrot sekeping buat penyeri. Tapi tekak daku ni cerewet.. Nak air tangan sendiri juga... 

Fuhh lega !!!siap juga.. 6.50pm siap, lima minit pastu je ayah sampai dari opis. 


Boleh pula dia tanya..kenapa buat tauhu sumbat? Camne tau dia nak tauhu sumbat? Ke.. LM ngidam nak tauhu sumbat? 

Haish sabar je la.. Jari kita tak hilang merah lagi dek menyumbat tauhu panas2 tu

LM buat lima keping je.. Cukup la, sebab hanya kami berdua je yang makan. 5 keping tu dapat 10 bijik tauhu sumbatnya.. 


Ni LM punya.. Tadi dah makan dua, ni ngap satu lagi. Tak makan nasi malam ni kekenyangan makan tauhu. Penuh rasa perut. 

Biasanya kalau beli kat kedai sosnya kurang sedap. Nasib tak baik dia bagi kita cili sos je suruh cicah. Huhu. 

Mujur sebelum kawen sempat belajar cara buat sambal tauhu ni dari jiran mak. Masa tu acik ni berniaga bazar ramadhan. LM tumpang letak agar-agar kat kedai dia. Sambil-sambil tu tanya la dia cara nak buat sambal popiah. Samba popiah, tauhu sumbat dan cucur udang kan lebih kurang je.. Kecuali kalau suka kacang boleh tambah kacang tumbuk dalam kuah cucur udang.
www.tips-fb.com

2 comments:

Farahain ZFA said...Reply To This Comment

ain lagi suka makan tauhu bakar , kalau makan tuhh.. fuhhh...

Yana Libra said...Reply To This Comment

rajinnyyee


camne nak buat kuah dia tu kak...resepi please..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...