Wednesday, January 27, 2016

Tercekik

Assalamualaikum..

Allah!!

Terasa macam nak tercopot jantung. Tadi, lepas ambik syafiq dari tadika terus uruskan bubur ayam yang belum sempurna siapnya tu.. 

Disebabkan baby ariz takmo letak, asik nak berdukung, LM bagi dia buah plum. Dia main hisap-hisap je.. LM tak buang pun kulitnya sebab nak cepat. Tapi... Nak jadi malang dia tercekik buah plum tu.

Agaknya kulit buah plum tu terlelat kat tekak dia kot? Puas tepuk-tepuk belakang dia tetap tak reda juga. Bagi minum air pun tak okey juga. Panik!! Rasa macam nak menangis. 

Mulut tak putus-putus doa dan zikir apa yang patut, minta Allah permudahkan. Syukurlah dalam 5 minit lepas tu nampak okey. Terasa macam tak jejak kaki kat bumi bila dia tercekik. Tak pernah dia tercekik bila main hisap-hisap buah. Memang dia makan buah pakai food feeding tu selama ni tapi kerap juga dia gigit buah sendiri sejak dia ada gigi ni. Tak sangka hari ni nak malang... Huhu, mujur takda apa-apa. 
www.tips-fb.com

6 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

ya Allah dik akak yg baca ni pon naik seriau tau...syukur la takde ape2

Diana Rashid said...Reply To This Comment

uih..bahaya nya..kalau saya memang dah gelaabh habis dah..kulit plum tu keluar ke atau dia telan terus.?

LM said...Reply To This Comment

Telan.. Puas korek2 x kluar apa pun. X pasti kulit plum atau buah tu dia tertelan besar. Huhu

LM said...Reply To This Comment

Huhu saya nangis dah kak

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

alhmdlah nasib baik lagi ok kan..apa2 pun lps ni kena hati2 ye ummi..

saya dan keluarga kehilangan sepupu yg tercekik biji rambutan..usia arwah ketika tu tak silap 2-3 tahun..kalau umurnya panjang skrg dah lepas SPM

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ya Allah! Bahayanya! Kalau saya pun dah panik dah tu, LM. Mahu saya yang lebih-lebih menangis, ke hulur ke hilir bawa anak tak tahu nak buat apa dah! Mujur takda apa-apa. Bahayanya alahai. Kadang tu kita memang berjaga selalu tapi bila terleka sekali, masa itulah perkara tak diingini berlaku tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...