Thursday, January 28, 2016

Tertinggal Duit

Assalamualaikum...


Pagi tadi LM lewat bangun untuk sediakan bekal dan sarapan anak-anak. Bila jenguk ke bilik adik ad, dia sambung tidur atas lantai. Ayah dia dah kejut dia baring semula kat lantai sambung zzzz. Ayah dan apit sedap tido atas katil.. Ekeke

Jenguk bilik acha pun sama juga, acha masih lena diulit mimpi kot? Jam dah pukul 6 pagi masih lagi syok dia tido. Lepas kejut keduanya terus LM siapkan bekal dan sarapan mereka. Sambil-sambil tu siapkan kelengkapan acha, baju, stokin semua tu.

Ummi: mana beg duit acha?

Acha: tak tau... 

Hurmm entah mana dia campak. Tak larat nak mencari pagi-pagi tu.. Malas nak bising sebab ni bukan pertama kali hilang. LM gulung duit belanja dua dalam sapu tangan dan ikat. Macam dulu-dulu mak buat tapi dulu LM bawa duit syiling je pun.. 

Dah ingatkan banyak kali,"duit masuk kocek!" Duk berzikir tu je dari tadi. Tapi akhirnya duit tetap tertinggal. 

Agak-agaknya menangis tak ye? Nak minta duit abang? Tak tau la... Nak minta ayah hantar macam tak berbaloi sebab arah berlainan dengan opis ayah. Biarlah jadi pengajaran buat dia agar tak lalai di lain masa. Dah kena sekali pasti akan beringat di lain masa ... 

Makan je lah bekal yang ummi siapkan tu. tak payah beli keropok lekor, aiskrim bagai hari ni. 

Dalam hati tetap sedih anak tertinggal duit belanja tapi takmo lah nak emo sangat sebab bekal ada, tak jadi masalah pun. Biar dia jadikan pengajaran ...




www.tips-fb.com

8 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Mulut dan tulis blog memang kata biar jadi pengajaran tapi dlm hati sebagai umi memang sedih dan terkilan walau ada bekal sebab dah rutin hari-hari bawa duit walau tak guna itu lain kisahnya...

Itulah kita ni dah jadi mak-mak apa pun kalau boleh nak semuanya baik buat anak kan dik..

LM said...Reply To This Comment

Betul sgt tu kakzakie. Dah dua tiga kali pegang sapu tgn tu nk suruh ayah dia hantar sbb x jauh pun dlm 6-8 minit je. Tp mmg nk dia jdkan pengajaran maka ummi kentalkan juga hati ni walau mmg terkilan. Biasanya ummi double tripple check. Td ummi cuci baju tak sempat nk bebel byk2.

cik hani said...Reply To This Comment

Nasib baik ada bekal.. Takpe.. Pasti mungkin dia lebih alert dan ingat

Lea Ismail said...Reply To This Comment

jauh disudut hati tu pikir juga anak tak bawa duit kan

LM said...Reply To This Comment

Tu lah to budak 8 thn bkn nya ingat sgt pun.. Huhu

LM said...Reply To This Comment

Betul tu lea sbb kesian dia tak blh beli apa2 sementara tgu bas jalan

Yana Libra said...Reply To This Comment

ada bekal oklah tu...next time dia serik la kot tinggal lagi tu kan..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Mulut aje cakap LM tapi hati mesti tak senangkan bila anak takda duit pergi sekolah! Biasalah kita mak-mak ni. Nak mengajar tapi dalam masa yang sama, rasa tak sampai hati tu bukan main lagi dalam diri.

Pagi tadi pun saya lambat bangun tau, LM. Sedar-sedar dah pukul 6.35 pagi. Nak buat apa lagi. Dapat masukkan botol air anak aje dalam beg sekolah. Pesan kat Daddy si kecil tu takda bekal, belikanlah something buat dia kunyah-kunyah sebelum ke tadika tapi bila kita called tadi, Daddy kata tak dengar pun pesanan! Aduh! Sedih betullah!

Si Abang pulak sebab dah lambat sangat, laju-laju bersiap dan solat. Nak ajak beli kuih pun tak nak sebab takut lambat sampai sekolah. Sampai sekolah terus kena tulis nama kat guard house sebab dah pukul 7.05 pagi masa tu! Saya suruh ambillah mentos dalam handbag Mommy, pun tak nak. Katanya nanti waktu rehat ada aje kawan bagi tumpang makan sebab dia pun selalu bagi kawan-kawan! Susah hati saya mendengarnya. Tak akan nak menagih simpati minta bekal kawan. Saya pecut semula balik ke area rumah dan belikan nasi lemak dan kuih 3 jenis untuknya. Patah balik ke sekolah dan cari kelasnya hantar makanan! Barulah lega, barulah boleh pergi kerja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...