Thursday, January 28, 2016

Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah

Assalamualaikum...
Peribahasa 
"Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]"

Macam orang bercinta pula ye? 

Ni bukan kisah masalah atau bercinta. 
Sejak LM bercinta dengan baby ariz ni memang begitulah kehidupan LM ni. Sejak dalam perut lagi memang dia buat tidur ummi dia ni tak lena. Time ummi berjaga dia tidur. Time ummi nak tidur dia ajak main. Ummi terlentang dia menendang-nendang. Time ummi mengiring dia main tergolek sana tergolek sini dan tendang perut tepi.. Bila sakit atau geli memang mata tak boleh lelap melayan dia dalam perut.

Bila lahir.. Lagi lah jangan mimpi nak tidur lena. Alarm dia akan berbunyi tiap jap minta susu. Hehehe..

Bila dah besar sikit nak dekat setahun ni mandi pun tak berapa nak basah. Mandi 'coboi' kata orang tua-tua. Ummi mandi, dia berzikir(menangis ) luar bilik air tu. ketuk-ketuk pintu bilik air macam nak pecah bunyi nya.. Padahal dah lambakkan mainan dah sebelum ummi mandi. 

Sebab tu sejak baby Ariz dapat 'akal' tak boleh ummi tinggalkan dia ni, kalau nak mandi dengan aman baik mandi sebelum ayah gi kerja dan mandi petang sebelum semua orang pergi masjid. Kalau tak... Time maghrib tu lah suara baby ariz meraung macam kena cubit. Haishh!!

Orang tua-tua kata jangan biar anak menangis maghrib2. Maka, tu yang mandi tak basah tu.. Hahaha..(eh ye ke tak basah?) tak berapa lama la maksudnya..


www.tips-fb.com

4 comments:

YieN said...Reply To This Comment

Patotnya "tidur x puas, mandi x puas" bila dah ade anak kecik ni, haha~~

emieysandra said...Reply To This Comment

tapi bestnya ada baby ni..betapa sy teringinn :(

Yana Libra said...Reply To This Comment

Adam dah setathun lebih pun sama kak...tak leh tinggal bila ada saya...nak tunggu ayah dia balik lambat sangat..last-last mandi sekali la jawabnye..huhu..sukalah dia dapat main air.. ;p

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nak buat macamana, LM. Tunggulah besar sikit, barulah dapat tidur lena, mandi pun basah lencun. Hahaha!

Eh, tapi saya dengan Adik Cute pun macam ni! Kalau saya tinggal sendirian di rumah dengannya, nak mandi dalam bilik air pun saya takut. Manalah tahu kita tengah sedap mandi, dia buat kerja kat luar tak pun orang ketuk pintu, dibukanyakan. Susah hati memikir. Sanggup tu berlengas dulu sementara menunggu ada orang yang panjang akal sikit berada di rumah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...