Wednesday, February 3, 2016

Apabila Kakak Sakit...

Assalamualaikum...

Apabila Kakak Sakit...

Petang semalam pukul lima lebih hubby dapat panggilan dari kakak maisarah. Kakak minta ayah bawa dia ke klinik. Sakit perut sangat katanya...

"Jap lg ayah datang". Dengar je ayat tu LM dah tau tu panggilan dari kakak. Hurmm dah tau dah kakak pasti kena serangan gastrik! 

Bergegas bersiap apa yang patut. Dengan tak solat asar lagi masa tu.. Tengok jam 5.29 petang. Kejap lagi acha dan adik ad balik dari sekolah agama. Terus saja LM capai baby ariz mandikan dia. Takkan nak bawa baby dengan tak mandi tu, nanti balik dah malam. Kesian baby tak selesa. 

Sementara hubby solat, LM mandikan baby dan capai baju dan pampers baby ariz. Siap je hubby solat terus pas baby kat dia dan LM pula mandi. Tak sanggup nak pergi dengan muka sememeh badan berpeluh tu, suruh anak berdua tu bersiap tukar baju lelaju. 

Angkut syafiq yang sedang tido, anak-anak semua dah tunggu ummi dalam kereta. Ummi rasa proses mandi, solat dan sarung baju amatlah lama dalam keadaan tergesa-gesa sebegitu. 5.47pm bertolak dari rumah. 

Alhamdulillah, walau ada sedikit jammed, pukul 6.15 petang kami dah terpacak depan hostel kakak. Terus blur tak tau nak buat apa? Nak ke pejabat sah la pejabat dah tutup time tu. call warden kata nak cakap dengan maisarah pun berminit-minit tunggu tak dapat cakap pun, last-last panggilan tu mati begitu saja. Anak aku sakit weii!! Dendam kesumat betul dengan warden ni.

Banyak kali dah benda penting yang kita call, sms... Pesanan tak sampai pada kakak. Padahal pihak sekolah kata apa-apa ikut saja saluran yang ditetapkan tu untuk hubungi anak sebab bangunan asrama belum ada public phone sebab sekolah tu bangunan baru yang belum siap sepenuhnya. Tapi warden cam??? Haishh malas nak fikir pasal warden. Walau pun kami ibu-ibu ni selalu sok sek belakang tabir duk tertanya-tanya kenapa sekolah agama hire warden yang berpakaian tak selari dengan pakaian anak-anak sekolah aliran agama. Malah anak-anak tahfiz pun warden tu juga yang jaga.tapi pemakaian tudung je tak selari dan jauh sangat beza dengan anak-anak yang disyaratkan wajib sebegini sebegini labuhnya melepasi ini dan ini. Tutup kisah tu.. Ikut la sekolah nak gajikan sape pun.. Nak bagi orang tak reti atau malas buat kerja pun ikut la.. Ummi tawakal je lah letak anak bawah jagaan insan sebegitu. Harap Allah gerakkan hati pihak sekolah pantau benda ni semua. Amin

Sebab takda respon dari warden yang terus mematikan panggilan kami tanpa sebarang jawapan(ingatkan dia senyap tu dia panggilkan kakak), dengan baby ariz yang sedang menyusu dan terlena tu.. LM je yang turun dan menapak ke depan dorm kakak. 

Anak-anak puteri yang sedang lepak menanti kawan nak ke dewan makan tu terus senyum dan salam kat acik dia ni. LM minta saja mereka panggilkan kakak lat dorm yang lebih kurang 6-7 tapak dari tempat dorang melepak tu. 

Call lagi warden... Kami tanya ada form ke nak kena tulis? Apa prosedur nya? Dia cuma jawab "isi nama je kot? "Bila tanya di mana?"kat warden je kot rasanya"

Malas nak cakap banyak... Kami okeykan saja.. Sebab memang LM dah suruh kakak gi tulis nama kat warden yang duduk level bawah kakak. Orang tu gastrik tak boleh jalan, kita call minta panggil anak, minta carikkan anak tapi warden lepas tangan? Anak yang sakit tu pulak menapak tulis nama bagai ke situ? Okey... Takpelah, Allah ada. Allah masih bagi kekuatan kakak menapak ke sana sini. 

Kot?perlu ke jawab kot? Kita nak cepat, nak urus segalanya dengan pantas, bila warden jawab camtu rasa cam... Huhuhu. Ikut awak la warden.. Malas nak bising pasal tu.

Bawa gi klinik cyberjaya je. Nak ke arah mana lagi dalam keadaan senja dan jammed sana sini tu. akhirnya...

-gastrik teruk
-kencing kotor dan jangkitan kuman di pundi kencing

(Sebab tu dia sakit teruk di perut dan belakang badan).
-demam kuat sebab jangkitan kuman tu.

Bebelan ummi berbakul-bakul. Tak pernah tinggalkan dia tiap minggu tanpa stok biskut, roti.. Nutella, coklat.. Biskut oreo ke, biskut paket ke.. Biskut timbang ke.. Semua ummi sediakan untuk alas perut incase lauk memang tak sedap sangat kat dewan makan tu. m

Limit duit dibenarkan rm30 saja seminggu. Tapi ayah ummi bagi kadang kala dekat rm100 untuk kakak beli apa saja roti ke ayam goreng ke apa ke kat cafe.

Nestum, oat semua ummi bekal kan sejak berminggu lalu.. Botol air saiz panjang dah bekalkan melebihi dua bijik, takda alasan nak bagi kalau nak kata tak minum air kosong sebab takda botol ke apa.. Jenis tak suka minum air kosong banyak je lah alasannya ...

Bila dah sakit, bebelan ummi tambah lagi sakit kat telinga kakak!! Hambek!! Berbakul ummi bebel. 

"Tak takut sakit buah pinggang? Kena cucuk kat tgn seminggu tiga kali bla bla bla.."

Menangis-nangis tahap sedu sedan la hamba Allah tu ummi bebelkan. Ayah pun tambah sikit bebelnya.. Geram betul kat kakak.. 

Memilih makan tu tak boleh la nak buat apa dah, tapi stok makanan banyak dah disediakan tak juga dia alas perutnya. Botol air dah ummi bagi tak juga dia minum air secukupnya.

Takda cerita banyak, angkut jelah dia balik rumah sebab dia dapat mc.petang la ayah hantar dia balik asrama. 

Haila anak... Air kosong tu wajib. Alas perut tu pun wajib. Kalau sakit.. Siapa yang susah? Seisi rumah turut susah ke sana sini urus pasal awak selain awak yang derita tanggung sakit. Moga cepat sembuh wahai anak. 

Bebel tu bebel jugak, tapi siapa tak sayang anak? Tu cinta pertama ummi... Jejari halus yang ummi cuit selepas 9 bulan usung perut ke sana sini. Tipulah nak kata hati ni tak pedih berdarah bila tau anak sakit sedangkan bila blogger ADEQ, CIKEL dan ramai lagi bagi idea suruh bekal kan itu ini semuanya LM buat untuk biar dia selesa aman damai kat sana tanpa sakit atau berlapar tau. 


www.tips-fb.com

3 comments:

cik hani said...Reply To This Comment

Allahuakbar...Risaunya kalau dengar anak sakit kan...
kalau perut tak tahan, memang kena alas perut...
tapi tu la..kadang2 budak - budak alpa sikit...

Semoga dipermudahkan urusan akak dan suami besarkan anak-anak...

adeQ said...Reply To This Comment

Ya Allah.. kak LM sabar ye.. siannye kakak maisara.. betul kak.. sape x sayang anak.. moga kakak cepat sembuh... mmg lame kak nk sesuaikan diri.. kira kakak lagi kuat dr saya taw.. kalau saya dulu.. sebulan lebih duk nangis bengkak2 mata... sebab homesick... inshaAllah kakak boleh get along ngan situasi kat hostel..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Emak mana yang tak susah hati bila anak sakit, LM. Marah tu memang marahlah sebab bila kita nasihat, tak mahu dengar tapi bila dah sakit ni, marah macamana pun tetap dalam hati kesian sangat tengok anak kesakitan. Betul tak?

Teruklah dapat warden macam tu. Tak boleh komplen pada pihak sekolah ke, LM? Kalau kita sorang rasa macam tu, mungkinlah tak logik sangat nak komplen. Tapi kalau ramai lagi makpak yang rasa tak sesuai hamba Allah ni jadi warden sekolah agama, memanglah something wrong somewhere tu, LM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...