Wednesday, February 17, 2016

Asam Pedas Ikan Merah

Assalamualaikum...

Asam Pedas Ikan Merah

Menu dinner petang ni. Setelah buntu tak tau nak masak apa maka inilah menunya.. Sambal ikan kembung rebus(kembung rebus homemade ye) kelmarin ada lg sekor, ayam kicap semalam pun ada lagi dua tiga ketul.. Boleh habiskan nanti..


Tanpa daun kesom. Dah mati sepasu kesom demok2 tu akibat busy hujung minggu lupa nak siram..sobsss



Ops ampunkan kecomoton mangkuk ni... Lambat snap gambar, syafiq dah minta makan. Awal pula dia minta makan petang ni. Biasanya kami makan bertalam pukul 6 lebih tunggu suami balik. Tadi dia makan pukul dua lepas hantar acha ke sekolah kalau tak silap. Eh.. Ke sebelum acha ke sekolah agama? Lupa dah.. 

Lepas tu habis susu sebotol.. Pukul lima suku minta nasik pulak. Layan kan je lah, orang ada selera nak makan baik jangan tegah. Nampaknya chaliph menaikkan selera makan baby(11 bulan) dan syafiq(4 thn lebih). Mulanya agak ragu-ragu nak beli vitamin chaliph ni sebab anak-anak dah makan ubat minda yang lain juga masa kawan promot suruh beli. Tapi bila kawan dah pos dulu sebelum sempat bayar apa salahnya LM cuba. Tak mahal pun dia jual haritu tak silap LM rm65 siap pos kot?

Minggu lepas beli lagi sekotak ... Jumpa rm55 je sekotak. Tulis kat kotak rm80. biasanya orang jual rm75.. harga kawan2 rm60.. tu yang sambar je bila dapat rm55 tu.Tunggu kawan ajak beli ramai2 harga borong tapi lambat update kat fb... Tak tau berapa harga borong tu.. Ada yang murah dan yang kat umah pun dah nak habis.. Baik beli dulu. Pasni dah tau port mana nak beli mudah la .. Tak yah pos bagai.

Eh dah melencong pasal vitamin lak.. Ye lah sebab syafiq ni payah sangat nak suruh makan. Kena paksa baru dia nak makan. Kadang2 tu kena gertak ugut baru dia nak sarapan sebelum ke sekolah:( 

Sebab tu bila dia berselera nak makan rasa cam tak percaya. Kat rumah ni selalu sangat lauk berbaki.. Nak masak ngam ngam takut tak cukup. Tu yang kena simpan lauk semalam tu. mujur tak banyak lebihnya.. Kiranya lauk baki semalam tu penyelamat la kalau tengah hari esoknya tak sempat masak bila baby meragam.. Hehehe..




www.tips-fb.com

2 comments:

emieysandra said...Reply To This Comment

sedapnya asam pedas, ada bunga kantan lak tu..teringat pula masakan ibu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sedapnya asam pedas, LM. Tetiba teringat nak makan sekarang juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...