Tuesday, February 16, 2016

Bakwan Lagi

Assalamualaikum

Kisah petang semalam...
Bakwan Lagi

LM buat untuk makan malam. Bakwan yang dicampur udang. Saja nak pancing minat anak- anak makan bakwan sayur ni. Bila ada udang rasa teruja dorang nak ngap tu ada lebih sikit.

Sayur yang dah rangup ditambah rasa dan aroma udang tu mampu membuat syafiq (4 tahun lebih)meratah bakwan dengan rela walaupun dia bukan penggemar sayur.


LM buat nipis-nipis suapaya rangup .

Bakwan versi LM mudah saja. Mungkin tak sama dengan resepi bakwan original dari indonesia. LM tak pernah belajar pun buat bakwan masa bersahabat dengan rakan2 indonesia sewaktu merantau di qatar dulu. Tau makan je bila dorang hidang. Kalau ke restoran indonesia tau ngap je la..

Resepi versi LM
Kobis saiz sedang1/2 biji dihiris nipis
Carrot 
Daun bawang
Daun kucai
Udang(  potong kecil 4-5)
Tepung jagung 4-5 sudu
Tepung gandum 11/2 sudu
Garam
Lada sulah
Sebijik telur

Gaul semuanya sebati tanpa air. Jika adunan masih nampak kering dan tak melekat cuba tambah dua sudu air agar adunan melekat. Tambah air sikit demi sikit. Sekadar adunan melekat antara satu sama lain je. Air tak perlu banyak.

Goreng hingga garing.

Nota kaki: sedap dimakan dengan sos. LM buat lawan nasi je sebab tekak tak berapa nak terima lauk lain petang semalam. 
www.tips-fb.com

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Bagus cara LM memikat anak2 makan sayur..
Dia rasa dah macam keropok bila garing macam tu LM..
Sedap juga buat minum petang tu..

Malinda said...Reply To This Comment

menu2 camni kalau kat rumah akak mesti laku gile ni....yg garing2 camni memang feberet cik boss dan anak2 akak :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM makan bakwan ni dengan nasi ke?

Saya pun tak suka sayur. Kotnyalah kalau saya buat bakwan ni tetiba saya yang paling banyak makan, kira hebatlah tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...