Thursday, February 18, 2016

Bekal Sekolah-Mihun Goreng Singapore

Assalamualaikum

Bekal Sekolah-Mihun Goreng Singapore

Pagi ni gigih gorengkan mihun untuk anak-anak. Tekak pun dah jemu makan sarapan tepi jalan tiap pagi yang hubby beli selepas hantar syafiq ke tadika, maka... Pagi ni menggorenglah ummi.

LM masak sikit je sebab anak pun bukan makan banyak.. Masak 1/2 bungkus saja. Ngam-ngam untuk bekal mereka berdua, dapat mereka berdua sarapan dan kami laki bini sarapan nanti.. Cukup la tu. 


Haaaa tak hias apa pun.. Nak letak timun diorang tak makan timun, tak tepek salad lagi dorang tak makan.. Telur dadar pun tak sempat buat sebab pukul 5.50 baru nak bangun, sambil masak...sambil berulang ke bilik acha yang kalut baru nak kemas buku pulak pagi ni. Padahal biasanya malam dah siap kemas. Pukul 6.30 dah kena duduk depan gate tunggu bas. 

Bila lambat tu yang kalut pasang kipas laju-laju nak bagi mihun anak cepat sejuk sebelum tutup tupperware.. Ehehe.

LM takda resepi sangat pun goreng mihun ni... Ni versi LM. 

1/2 bungkus mihun jenama faiza(rendam semalaman)
5biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 kiub pati ayam
Garam
Lada hitam
1/2 biji tomato
Dua biji telur(saizB)
1/2cawan isi ayam(di dadu)
1/2 batang carrot(diparut)

Tu saja bahan yang LM guna dalam mihun goreng singapore LM. 

Minggu lepas( ahad kot?) dah buat mihun goreng biasa yang guna cili kering tu.. Takut dorang jemu tu yang pagi ni baut mihun singapore. 

Ehehe stok cili kisar pun takda, sebab tu tak sempat nak rebus cili bila tengok jam dah dekat pukul 6 perut terus kecut takut tak sempat.

Anak-anak tak bawa beg bento ke sekolah, masuk je tupperware dalam beg. Tu yang sekarang ni tak hias bagai sebab kalau hias pun habis tunggang langgang. Naik bas... Tak boleh la nak bawa banyak beg. 

Nota kaki: korang   sarapan apa pagi ni?

www.tips-fb.com

4 comments:

Azian Elias said...Reply To This Comment

salam kenal..

rajin mommy.. just wonder ek, kenapa mee hoon ini dipanggil mee hoon singapore.. putih je pulak tu.

LM said...Reply To This Comment

Salam kenal.. Tq sudi singgah sini. Wallahua'lam LM tak pasti kenapa namanya begitu. Sejak dulu mmg mihun rencah lada hitam ada carrot, ada kiub ayam mmg nama dia org panggil begitu. Klu mihun biasa guna cili kering pasti lah oren. Letak kicap gelap la dia. Rencah bilis, udang kering, cili kering,lada sulah atau lada hitam smua ank LM mkn je..

Yana Libra said...Reply To This Comment

oooo..xde letak cili ye..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bihun goreng ni baik yang biasa mahu pun bihun goreng Singapore memang anak-anak saya tak jeling pun, LM. Saya ni bab-bab masak nilah yang paling susah. Nak memuaskan hati semua orang dalam rumah. Nasib baiklah anak cuma dua aje. Kalau ada ramai anak macam LM dan semuanya lain citarasa, memang terus tak masaklah saya kot. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...