Friday, February 5, 2016

Bekal Sekolah-Potato Wedges

Assalamualaikum...

Bekal Sekolah-Potato Wedges.
Hari ni bekalkan anak-anak dengan homemade potato wedges saja. Dah dekat pukul 12 tengah malam masih takda idea nak bekalkan makanan apa, last-last capai je kentang terus potong-potong dan rebus...


Anak-anak LM ni kalau tiap hari bekalkan makanan berat mee, mihun nasik goreng semua tu dia takmo makan juga.. Nanti , memanjang je tak habis. 

Seiring dengan kemalasan umminya, maka... Potato wedges sajalah bekalab anak berdua tu hari ni. Harap kenyang la perut comel mereka sampai tengah hari nanti. 

Potato wedges tu.. Mudah saja. Cara LM:

Kentang dicuci bersih dan dipotong wedges

-Rebus kentang bersama garam, serbuk pati ayam( jika suka), serbuk lada sulah dan sikit serbuk lada hitam
-rebus hingga 1/3 masak(cucuk dengan pisau hingga tenggelam 1/3 dari ketebalan kentang)
-angkat dan toskan.
-gaulkan dengan tepung ayam kfc, jenama bestari hot and spicy atau original atau (tepung jagung+lada hitam+garam+ serbuk pati ayam)
-frozenkan dan sedia untuk digoreng. 

Tips: jangan rebus hingga empuk kerana ia akan menyerap minyak apabila digoreng nanti.



www.tips-fb.com

5 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Kesukaan anak2 lah potato wedges tu LM..
Letak pulah cheese lagi dorang sukakan..

LM said...Reply To This Comment

Betul tu.. Janji kenyang. Malas dh LM nak fikir menu yg pelik2, last2 dorang x makan

hainom OKje said...Reply To This Comment

Tak pernah buat sendiri LM, selalunya makan KFC jer hihi...maklumlah terlampau rajin.

Mmg memanjang roti jerlah mereka hadap tiap tiap hari hihi...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Janji anak-anak makan sampai habis. Kalau kita aje bersusah-payah memasak lepas tu mereka tak habis makan, sedih juga alahai.

Anak kecil sayakan LM lagi senang. Setakat ni dia bantai minta nugget letak mayo aje. Kalau kita bekalkan makanan lain, dia boleh komplen sambil merungut sebab dia dah pesan nak nugget letak mayo. Mayo tu favorite dia. Apa-apa pun mesti letak mayo! Senang kerja emaknya yang pemalas ni tau!

ummi_khalish said...Reply To This Comment

makan kentang pun mengenyangkan...feveret anak2 dil juga wedges ni...yummy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...