Monday, February 22, 2016

Berenang

Assalamualaikum

Suka berenang? Baby Ariz (hampir satu tahun)ni suka sangat berenang. Akak dan abang dia kalau balik dari sekolah beg main letak merata. Dapat ke baby ariz dia lah yang 'tolong kemas'

Tau-tau air dari botol bekal ke sekolah tu dah melimpah-limpah. Air yang melimpah tu ummi tak perasan sangat, apa yang ummi perasan, baby ariz sibuk semacam guna dua tangan dia sapu air tu. lepas tu meniarap dan melentik kaki ke atas buat kaki terkotek-kotek merenang macam ikan duyong. 

Amboihhh stress mak nak! Nak marah... Dia bukan paham pun. Kalau ayah dia ada kami pakat gelak pastu minta ayah dia ambik dia angkut siram kat air, tukar pampers baju yang basah lencun tu. LM lebih sanggup mengemop dari dukung dia. Walau tak debab terasa lenguh kalau dukung baby ariz sekarang ni. Huhu

Tadi... LM mop dapur. Dia datang menyibuk juga. Apa lagi, terus la dia meniarap terkotek2 kaki kemain teruja lagi. Pelik betul baby ariz ni. Takat lantai basah dimop tu bukan ada air pun. Tu pun dia teruja sangat nak berenang situ. Seingat LM, hamilkan dia LM tak swimming kot? Asik tak sihat je memang takda berendam pun rasanya. Masa hamilkan syafiq tu ye, selalu sangat swimming sebab masa tu masih di doha dan kakak dan adik ad baru pandai swimming tu yang asik berendam je masa tu. 

Agaknya... Kalau bagi masuk bathtub suka la dia kot? Tapi baby ariz ni tak boleh ajar. Dah ajar sekali nanti takmo masuk. Nak duk situ je. Dua tiga malam lepas dah kena, kami bagi dia main handphone tengok didi and friends. Sekali dia mengamuk takmo lepas handphone sebab nak tengok youtube berulang2. Hempas2 kaki la dia meraung . LM buat bodoh je. Malas nak layan. Beriya ayah dia pujuk. Haaa baru ayah dia tau anak dia dah pandai tantrum sekarang ni bila apa yang dia nak tak diberi.

Sebab tu kalau takmo dia main handphone LM tak bagi dia tengok youtube kat laptop dan handphone. Tak ajar main air dalam bilik mandi( jenuh nak jaga dia berjam kat situ). Tak ajar dia makan aiskrim (pasti dia makan takmo berhenti nanti). Abang akak dia kalau makan benda terlarang tu kenalah duk diam2 kat dapur. Baby ariz dah mula dah panjang akal..pitam ummi nak layan.


www.tips-fb.com

3 comments:

Yaya Azura said...Reply To This Comment

dah pandai tantrum ye..sian ummi..
sama perangai dengan Wazif, benda2 baru sekali tengok dah ingat, dah pandai buat,sudahnya kita yang lelah..hihi

Yana Libra said...Reply To This Comment

dah panjang akal dah skang ye..peningla kepala umi dia ..hehe..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ciri-ciri perenang negara dah muncul tu, LM. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...