Wednesday, February 17, 2016

Bila Si Abang Tiada

Assalamualaikum...

Bila si abang ada ko kurikulum hari ni maka acha terpaksalah ke sekolah agama sendirian. Kalau abang ada biasanya mereka berbasikal berdua. 

Bila abang tiada tak sampai hati pula LM nak biar acha berbasikal sendirian walau ada security tetap tak sedap hati nak lepaskan dia sendirian walau sekolah cuma lorong sebelah rumah je. 

Dengan panas terik berbahang, memang wajar lah ummi yang hantar hari ni. Acha (8 tahun) tu manja... Biasanya naik basikal dia bawak diri je. Si abang yang bawakan beg sekolah dia.. Ekeke

Bila ummi yang hantar, kenalah ummi ambik petang nanti... Errr kena masak
Awal la petang ni untuk dinner agar tak tergesa-gesa. Menu apa malam ni? Blur... Takda idea langsung nak masak apa.
www.tips-fb.com

4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Sekarang ni kena hati2 LM..
Walaupun dekat kena juga pantau anak2 kan..
Sekelip mata anak boleh hilang nanti..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak yang hanya duduk di rumah sepenuh masa ini tanpa anak kecil hendak dijaga juga sering buntu memikirkan hendak masak apa...

Saniah Ahmad said...Reply To This Comment

biasalah LM,,, bila dah biasa berdua tetiba benda yang selalu buat tu pasti rasa tak lengkap,,, tapi bila dah selalu sama tu pasti nak bergaduh je huhuhu,,

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bab nak masak apa tu memang semua pun macam tu, LM. Baik hari-hari masak atau sekali-sekala masak, masih tak tahu nak masak apa.

Dekat sungguh sekolah budak-budak ni dengan rumah ya. Senang nak pergi balik. Tapi zaman sekarang ni, dekat ke jauh, memang kita risau aje kalau tak perhatikan anak-anak sampai depan pagar sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...