Tuesday, February 16, 2016

Cara Tidur Nabi Muhammad

Assalamualaikum..

Cara Tidur Nabi Muhammad

Terasa badan lemah dan tak bermaya sebab tidur lewat hampir tiap
Malam layan baby Ariz. Mind set dah kata kurang jam tidur sebab tu badan letih. Ye ke kurang tidur?

Jom kita baca ni...

'Aisyah merekodkan cara tidur nabi yang baik  dan menyihatkan dalah tidur cepat dan bangun cepat. Tidurlah selepas isyak iaitu dua jam selepas makan dan bangun awal bertajud hingga masuk subuh. Selepas solat subuh sebaiknya kita berzikir dan membaca Quran hingga matahari terbit. 

Antara kebaikan dari amalan ini adalah badan yang segar, jantung sihay dan awet muda.'

Kalau di kira.. Jauh sangat gaya hidup kita dengan cara Rasullulah. Kita tidur pukul berapa? Lepas habis drama..lepas balik ngeteh.. Lepas window shopping jam 11-12 malam pun tak tidur lagi. 

Balik letih silap-silap tak sempat solat taubat dah lena dah. Esok azan subuh pun tak mampu celik mata. Dah nak syuruk baru terkejar-kejar nak solat subuh. Mana tahajud? Mana solat witir? Mana solat sunat? Semua melayang... 

Sedihnya kehidupan kita...hidup kita makin singkat, bumi makin tua, jam bergerak makin pantas,matahari berpitar makin laju. Tadi pagi rasa baru je bangun tup tup kejap je dah malam. Eh rasa baru je baby lahir tup tup dah nak setahun. Nampak tak? Kita je yang tak perasab dunia terlalu pantas meninggalkan kita yang alpha. Wallahua'lam..

Sumber rujukan:365 tips sihay gaya Rasullullah

Penulis:Dr. Mohammad Ali Toha
www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Sume nye benar belaka cuma kite ni manusia terus terusan terleka T__T

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kita ni kalau bagi 8 jam tidur pun masih juga kata tak cukup tidur sebab itulah terasa letih dan menguap aje ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...