Monday, February 15, 2016

Drama Selepas Cuti Panjang

Assalamualaikum

Pagi tadi... 
Syafiq datang kat bilik kami pukul 6 lebih, lepas abang kakak dia ke sekolah. Nak di suruh dia mandi tengok jam masih awal. Bila ayah dia keluar beli sarapan terus lah kami berdua terlelap... Bila ayah dia balik pun LM tak kejut dia lagi, kami sarapan dulu. 

7.35 kejut dia suruh mandi, dia mula liat takmo bangun. Ayah dia usap-usap pujuk suruh bangun pun tak jalan. Makin disuruh bangun makin dia merengek dan akhirnya menangis. "Apit taknak gi sekolah!" 

Bila keluar ayat tu terus lah LM naik hantu. Seret dia letak luar bilik. "Takmo gi sekolah, jangan datang kat bilik ummi. Syafiq gi balik bilik syafiq sana... Bla bla bla" bebel. 

Last-last katanya nak mandi kat bilik air tetamu. Okey.. Tapi lepas mandi bising lagi. Sambil LM masukkan baju dalam mesin basuh dia terjerit-jerit minta dipakaikan baju sekolah. Dah la baby ariz tido lagi.. Terus capai hanger zap kat montot dia. Dapat sedas! Zap tu tak kuat pun. Sekadar nak tunjuk ummi marah awak buat perangai. Tapi... Dia ni jarang sangat kena babap ngan ummi ayah(eh ngan ayah lagi tak pernah). 

Bila kena babap manja gitu tangisnya macam kena pukul dengan rotan tahap libasan maut. Haish anak.. 

Sejak lima tahun ni denda dan hukuman mula LM beri kat dia sebab dah faham apa yang salah apa yang betul. Kalau dulu boleh la hadap amukan dia tanpa hukuman ... 

4 tahun 7 bulan, dah cukup faham apa erti tak boleh apa erti buat perangai.. Maka, kalau merepek sangat memang ummi naik angin agar tak 'naik kepala' bila besar nanti.

Drama air mata memang selalu terjadi bila ada cuti panjang gini. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

pening gak ye..huhu..

Malinda said...Reply To This Comment

betol tu dik bila dah anak umur2 gitu kite dah bole mula beri hukuman pada dia ...ala bukan nye dera sampai teruk2 pon pukul2 sayang je yg penting diorang kene paham yg yg betol dan ape yg salah...anak kecik akak si izara tu pon akak dah mula ajar sikit2..

hainom OKje said...Reply To This Comment

Haha.....biasalah tu LM. Tu mmg drama biasa mana mana mak yg ada anak kecik.
Agaknya jadi liat nak ke sekolah tu bila dia terlelap balik lepas bangun tu...Kita sendiri pun cenggitu kalau tido lepas subuh kan...mmg best sangat...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak saya pun sama LM. Asal cuti panjang aje mulalah tak nak pergi sekolah. Siap bilang jari, 4 hari je sekolah, asal Jumaat aje ibu jari tertutup maknanya tak payahlah pergi sekolah hari Jumaat! Saya tak babatlah tapi saya kata kalau tak mahu pergi sekolah, saya tak sayang. Tak suka belajar, saya tak memang tak sayang. Teruslah berlari macam dalam filem Hindustan nak peluk cium hug-hug Mommy supaya jangan sampai tak disayangi. Kalau dah gitu, kenalah pergi sekolah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...