Tuesday, February 9, 2016

Fraser Hill (2016) Day 1

Assalamualaikum...

Percutian pendek yang tak dirancang, kebetulan usha-usha banglo Company suami  ada kosong dua malam, terus je sambar peluang keemasan ni. Sejak cuti sekolah hujung tahun hari tu penuh sepanjang masa... 

Kali ke dua duduk banglo company yang ni, sebelum ni kami biasa duduk di apartment di The Pine. 

Kali pertama hari tu datang masa baby ariz kecik lagi..seminggu sebelum puasa kalau tak silap. 



Gambar ehsan google pandangan dari depan.


Yang ni pandangan dari belakang.


Rumah ni sangat besar, mereka bahagia bahagian depan dua bilik dan belakang dua bilik lagi untuk disewakan. Bahagian tengah didiami oleh puan marsita dan keluarga( penjaga banglo ni)

Kami gerak semalam dalam pukul 11.20 pagi.  Ingatkan jalan jem ., rupanya sampai awal. Siap  lepak kat air terjun tepi jalan. Kami sampai dalam pukul 2 petang.

Menung sana menung sini, perut berkeroncong, akhirnya minta suami bakarkan makanan yang konon nak di bbq dimalam hari.


Dibahagian tepi banglo menuju ke belakang. Ada meja makan besar dua biji dan meja pingpong juga di dalam hall belakang tu.



Syafiq tolong ayah dia membakar.



Kami makan kat luar je. Angkut periuk nasi semua kat luar..


Ayam,kambing, sosej,dan rendang daging campur  hati. 

Lepas makan kami lepak dalam rumah saja lepak dan berehat... Malam lepas maghrib baru kami keluar .





www.tips-fb.com

4 comments:

emieysandra said...Reply To This Comment

selamat bercuti sis!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Lama sgt dah x ke fraser hills ..last ms rin kecik hingusan lg..haha

Malinda said...Reply To This Comment

cantik dik banglo tu...akak minat sgt dgn seni bina gaya gini...kedesaan inggeris sangat... >_< belah dalam tak amik ke gambonye...nak gak skodeng...hahaha...akak lom penah jejak sini lagi asyik2 pi caberon dgn genting je...tapi sini selain jalan2 ape lagi ye xtvt?

Mummydearie said...Reply To This Comment

Besar betullah, LM. Kalau semua fully occupied okeylah. Kalau kita aje satu family, tetiba dapdup dalam hati. Nasib baik LM dah pergi. Kalau belum pergilah lagi, memang jahatlah saya ni menakut-nakutkan orang nak pi holiday!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...