Saturday, February 20, 2016

Gigih Buat Sarapan Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum

Ehehe.. Tajuk tu, siapa je yang baca pasti tau bahawa tuan tanah tak buat sarapan pada hari sabtu. 

Biasanya sabtu ahad memang gantung periuk. Best oi ukur jalan tak masak bila hari cuti. Tu lah bestnya bila jadi orang rumah/ suri rumah/penunggu rumah(ahaha macam misteri nusantara lak bunyiknya). Bila sepanjang minggu duduk rumah maka hujung minggu pastilah nak menebar sayap nak terbang ke sana sini takmo fikir pasal periuk atau kuali. 

Tapi.. Mandangkan baby ariz tak bangun lagi, sejak beberapa hari ni dia asik bangun lewat atau sambung tidur je lepas subuh sampai matahari naik atas kepala pun tak bangun lagi. Maka gigih la ummi masak nasi lemak hari ni. Lagi pun, waktu melawat kakak di asrama hari ni jam 11 pagi. Maka 10 lebih boleh gerak dari rumah dan bawa sikit untuk kakak nanti. 

Walau syafiq merengek kata nak makan kat kedai, protes la tu sebab kena sarapan kat rumah. Bila dapat teh ais dan nasi lemak telur , terus tak merengek lagi. Elok je menyuap walau tak banyak.

Singgah beli goreng pisang dan sikit kuih dan air untuk makan dengan kakak. 

Err memang agak pelik bila buat sarapan di hari sabtu atau ahad. Biasanya kalau ada tetamu bermalam di rumah je baru  gigih masak. Takkan nak usung makanan dari kedai. Mau botak kepala. Kalau habis  makan takpe la, incek suami tu kalau membeli boleh bagi tokey makanan tu senyum meleret. Kalau nasik dagang tu sampai 10 bungkus dia beli. Belum lagi menu lain. Korang kira lah berapa ringgit harga nasik dagang sebungkus. Dengan nasik yang keras tu.. Bukan selera kami la kot? Incek suami lain la.. Dia duk ganu lama dulu memang dia mampu telan tu semua. LM jarang dapat jumpa orang jual nasik dagang yang lembut yang mampu ditelan tanpa menyeksa kerongkong . Payah sangat kat kawasan sini:(

Bila beli tapi membazir tak makan... Tu yang tak syok! Sebab tu  LM suka buat je. Tak kisah la nasik lemak ke, lempeng cicah sambal sardin lawan dengan nasik goreng cina ke.. Apa saja lah asalkan lebih sedap dari makanan yang dijual yang dimasak tanpa kasih sayang tu(tak terasa garam/rencah)

Errr minggu depan kakak boleh balik kampung. Tapi kami tak balik ke kampung pun.. Balik selalu ni agak letih sebab anak ramai, banyak urusan kena selesaikan. Balik pun kena isi minyak dan tol jugak kan.. Balik sesekali je la.. Terlalu banyak undangan perkahwinan tiap hujung minggu. 

Tiap hujung minggu kita busy top up barang keperluan je sebenarnya . Betul tak?


www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya sekarang hujung minggu biasanya breakfast di rumah aje. Sesekali kalau jemu memasak untuk breakfast barulah kami keluar mencari. Tapi kalau lunch atau dinner tu memang keraplah di luar rumah. Tak kiralah hari bekerja pun adakalanya tak masak ^_^ Maklumlah, penat bekerjalah konon-kononnya...

Betul kata LM. Hujung minggu memang misi mengtop up barang keperluan untuk memasak walaupun masaknya tak juga tekun 7 hari seminggu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...