Tuesday, February 23, 2016

Hujan Petang

Assalamualaikum..

Sekarang ni boleh dikatakan musim panas. Biasanya pagi memang panas terik, lewat petang baru hujan. Time best nak ke pulau boleh snorkeling bagai kan?ehehe jauh pulak menyimpang nya.

Bila hujan petang risau juga, bila mendung je mulalah leher LM yang jinjang ni makin panjang mengintai manalah anak dua orang tu tak sampai lagi. Mereka berbasikal ke sekolah tu yang risau kena hujan tu. 

Sekolah dekat sangat dengan rumah, sejak ada security ni memang dorang berbasikal saja ke sekolah. Tapi bila hijan petang LM lak terintai2 tunggu dorang balik. 

Pernah satu hari tu hujan lebat. Beriya LM gi ambik dorang kat sekolah. Basikal acha LM campak dalam kereta. Bila nak angkut basikal adik ad dia tak bagi. Katanya basikal dia tak muat masuk kereta. Berhujan la dia balik. Syok kot dia berhujan. Bukan selalu dapat main hujan. Kita yang jadik mak ni sanggup basah kuyup berpayung ke pagar sebab takmo dia basah. Tapi.. Dia berbasah macam takda apa2 pun.. Hehehe

Ayah dia lak marah kita jemput . Katanya dah la sekolah dekat. Hujan reda nanti tau lah budak2 tu balik. Yang ummi ni berbasah sampai malam menggigil berselimut tebal. 

Tiap hari pesan kat anak2, kalau hujan jangan balik dulu. Risau mereka balik time petir dan hujan lebat.

Payah dapat mak jenis gini kot? Semua benda jadik risau kat hati.. Huhu..
www.tips-fb.com

2 comments:

Yaya Azura said...Reply To This Comment

kalau yaya pun sama agaknya.
risau je lebih.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

biasa la mak mak ni kan lain sikit huuuuu. tapi dorang lagi seronok. time tula jela dapat main hujan kalau dekat rumah mana boleh senang hati keluar main hujan hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...