Monday, February 1, 2016

Ikan Masak Kicap

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni diberi olehNya kudrat dan kesihatan yang agak baik walau nak menunduk pun tak boleh sangat akibat salah urat tempoh hari. Dari sakitnurat dibahu dah melarat ke tengkuk dan leher sampai tak boleh angkat tangan kiri tinggi-tinggi dan sangat sakit ketika menunduk dan sujud. 

Takpelah... Tak payah cerita pasal kisal sakit, tak best pun. Nak cerita kisah ikan masak kicap yang jadi kegemaran acha dan apit. Kegemaran maisarah dan adik ad juga. Tapi kenalah goreng elok garingnya, kalau tak garing(macam kat dewan makan asrama kakak maisarah) memang takda siapa ingin nak jamah pun.

Dulu masa kat paka, beli sekilo habis dimakan pagi petang kami 4 beranak. Adik ad suka sangat makan bawang dalam masak kicap ni. Sedap katanya, padahal dia memang tak suka bawang pun dalam masakan lain. 




Letak bawang banyak-banyak... Petang nanti pasti adik ad, acha dan ayah kaut bawang ni semua. Ops ,ummi tak makan bawang.. Kalau dah blend baru boleh telan. Tapi takkan la masak kicap nak blend pulak kan... 

Bahan:
4 ekor ikan kembung pelaling
-garam dan kunyitkan(goreng garing)
Satu biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 biji cili hijau
1 sudu kecil paste asam jawa
Kicap masin secukupnya( jika suka kicap manis boleh tukar)
Air secukupnya


Cara: goreng ikan, kemudian buang sikit minyak tu dan tumiskan bawang dan cili serta halia. Masukkan sikit air dan kicap secukupnya. Masukkan asam jawa dan biar kuah mendidih. Matikan api dan tuang kuah atas ikan goreng tadi.

Terpulang pada selera masing-masing. Jika gemar makan kicap manis boleh guna kicap manis. Bonda LM guna kicap manis tapi kalau balik kampung mmg LM minta dia guna kicap masin sebab LM ni tak boleh telan kicap manis dalam masakan masak kicap. Bonda ikut kan je lah.. Anaknya ni kan cerewet sikit, ehehe

Lauk masak kicap ni sangat mudah, pejam mata pun boleh masak, ye tak? Cumanya.. Terkurang asam, terlebih minyak, terkurang kicap.. Akan merubah rasanya serba sedikit. Masak dengan kasih sayang pasti akan buat selera makan keluarga terbuka. Betul kan?


www.tips-fb.com

8 comments:

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

betul tu.. lauk ni memang mudah dan senang nak masak. anak-anak saya pun suka. :)

Yana Libra said...Reply To This Comment

sy suka kicap manis..hehe..kat umah mmg xde pun stok kicap masin..

baru tau ltk asam jawa ni..huhu

Aziela said...Reply To This Comment

Kalau akk,cili tu kasi lebih...hihi

LM said...Reply To This Comment

Hihi nk bg ank kecik mkn ni, klu ikut LM belah kan cili api baru syok

LM said...Reply To This Comment

Kikiki... Akk x suka manis. Pantang..

LM said...Reply To This Comment

Lauk budak2 kecik. Tp klu mkn ngan nasik panas LM pun layan. Ada pulak smbl pahang ke.. Pergh

Malinda said...Reply To This Comment

kat rumah akak ni pon sume umat suke beno makan ikan kembong dik...masak la gaya camne pon mesti abis anak2 makan

Mummydearie said...Reply To This Comment

Betul sangat-sangat tu, LM. Mudah aje nak masaknya tapi kalau terkurang itu, ini, lain pulak rasanya. Anak-anak saya nak kata tak suka masak kicap ni taklah juga tapi kena tengok ikan apa yang kita masak. Kalau ikutkan memang cerewet tapi nak salahkan anak-anak aje tak boleh juga. Emaknya yang silap. Kalau tak kenalkan semua jenis ikan pada anak-anak, memang ikan tertentu ajelah yang mereka tahu. Yang tak biasa, memang tak makan. Kalau ayam masak kicap tu lajulah juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...