Tuesday, February 16, 2016

Jadi Lah Orang Yang Rajin

Assalamualaikum...

Jadi Lah Orang Yang Rajin

Kata-kata positif yang selalu LM pahat kat hati supaya dapat rajin mengemas semula hasil 'kerja' baby ariz yang rajin sangat mengemas

Tiap malam dia akan tolong kemaskan rak ummi dia. Segala vitamin, ubat, minyak angin, krim, lotion, asal namanya barang ummi semua ada kat rak tiga tingkat tu... 

Segala benda yang kecik, bahaya, racun.. Tak guna tiap hari semuanya LM letak dalam kotak bertutup. 

Tapi sebab dia rajin sangat, dia berdiri depan rak tu dan turunkan satu2, bukak kotak... Belek tiap satu item dan lambak kat lantai.

Good job dik! 
Dah dapat bukti kerajinan tu. meh tengok:)



Bangun pagi ni lewat.. Pukul 11 lebih baru dia mampu celik mata, tu pun sebab ummi dukung bawa keluar dari bilik, kalau sua kan susu mau gak dia zzz balik. 

Belek tangan tengok ada inai. Hahaa... 

Malam tadi LM ngantuk sangat. Minta tolong ayah dia jagakan baby ariz 'mengemas'. Rupanya dia main inai ummi . pandai dia carik dalam kotak khazanah ummi ye? patutlah subuh tadi nampak kaki ayah dia ada kesan merah inai😂. Dia selet ayah dia sekali rupanya. 

Tak tau la nak gelak ke nak terharu dapat anak rajin sangat mengemas. Lum setahun lagi dah tunjuk skill. Tiap benda habis dia bongkar. Sobsss
www.tips-fb.com

5 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Hihihi dah berinai ye LM..
Tak pasal2 ayah pun terkena tempias budak rajin mengemas ni :)

Yana Libra said...Reply To This Comment

cerdiknye diaaa..comel tgn..hehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nasib baik dia inai kat tapak tangan aje. Kalau dibuat dia inai elok-elok kat sepuluh jari, mahu terus pengsan LM. Hahaha.

Baguskan ada anak rajin mengemas. Mudah sikit kerja!

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Inai kat tangan kaki takpe lagi dik jangan di inainye cadar ke karpet ke kes naya...kikiki

Invisible Me said...Reply To This Comment

Hehehe. Comel je. Nasib dia tak sapu kat muka :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...