Friday, February 5, 2016

Jadual Makan

Assalamualaikum...

Jadual Makan
Orang gastrik teruk wajib makan ikut jadual. Kalau kejap makan awal esok skip lunch, lusa lewat makan.. Dua hari lepas tu sah sah tersadai atas katil wad kecemasan. 

Dah taubat takmo sampai ke wad kecemasan pengsan macam kain buruk akibat gastrik yang teramat sakit, maka LM kena jaga makan demi diri sendiri. Ada baby ni lagi lah memanjang je laparnya..

Sarapan
-biasanya kalau hari minggu LM sarapan pukul 8 suku camtu. Lepas syafiq ke sekolah kami sarapan la..

Minum pagi.
-dalam pukul 10.30 camtu LM bancuh air dan ngap la biskut atau roti bakar.

Lunch
- biasanya sebab kecoh nak urus anak sekolah agama... Lepas dorang ke sekolah dalam pukul 2.00 LM baru makan. Tapi.... Kalau bernasib baik, pukul 12.30 LM dah makan dah sebelum  ambik syafiq dari tadika.

Minum petang.
- 4.00-4.30 petang. 
-minum petang yang ringkas. Makan sorang2 je . Biasanya secawan air milo atau mineral coffee ke.. Dengan sikit kek/kuih/roti.. Buat alas perut.

Makan malam.
- biasanya bila suami balik kerja sebelum maghrib tu kami makan malam. Antara 6.30-7.15 pm. 

Minum malam.
-10.30-11 malam.. Sekadar milo/horlick/nestum secawan kecil. Lebih kurang macam isi minyak dulu sebelum menyusukan baby ariz entah dua tiga kali bangun menyusu nanti. 

Beginilah nasib diri, kena makan sekerap mungkin agar tak melarat gastrik ku ini. 

Kalau sakit, LM suka marah-marah. Moody sepanjang masa. Maka, kalau nak ceria kenalah makan. Kalau tak makan nanti blog pun terabai. Ehehe..


www.tips-fb.com

5 comments:

Farahain ZFA said...Reply To This Comment

wahh bgus info ni.

Aziela said...Reply To This Comment

Samalah kita. Last week akk ter skip lunch sbb busy sgt. Sampai minggu ni dok sengsara.. Dlm handbag, kat opis...sentiasa ada stok ubat. Bulan puasa, kena sahur dgn ubat sekali...

cikel said...Reply To This Comment

Salam..sama la kita kakLM.. kena makan ikut waktu.. kalau tak mula la sakit..

ummi_khalish said...Reply To This Comment

gastrik penyakit yg kebanyakan semua org ada..mula2 nmpk x bahaya..lama2 blh jadi teruk..slmt menjaga makan ye...dil phm perasaan tmbh2 seorg mak..bab makan selalu terskip..huhuhu...takecare LM....

*cuba amalkn makan habatus sauda stiap pagi..in shaa Allah...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Bab blog terabai tu yang bahaya. Hahaha! Apa-apa pun jaga kesihatan diri. Barulah senang nak jaga keluarga nanti. Kalau kita dah tersadai, memang lagi merana badanlah tengok hal ehwal rumahtangga semuanya terbengkalai. Mana nak cepat baikkan. Oleh itu, mencegah dari kena gastrik lagi baik daripada merawat gastrik ^_^ Pesanan ikhlas daripada pembaca blog kononnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...