Thursday, February 25, 2016

Kena Buli

Assalamualaikum

Baby ariz makan biskut bersepah- sepah .. Lepas dia bangun dari tidur baru la dapat vacum. Takmo la kacau dia tido. Tapi.. Baru separuh hall ummi vacum, toleh ke belakang.. Erk???

Ni buli ummi ke ni dik?


Dia jalan setapak demi setapak sambil koyak-koyak tisu dan ada yang disumbat dalam mulut. 

Sobssss


Ummi patah balik, sedut satu demi satu tisu tu berdesup desup masuk dalam vacum. Dia pandang tak kelip-kelip mata ." Tisu mana ummi?nak tisu!" Tu yang dia cuba cakap kot? 

Sabar je lah.. Kalau kata vacum banyak kali sure orang tak caya atau mencebik bibir kata tunjuk macam rajin sangat. Tapi... Kalau dah bersepah takkan nak biar habuk biskut semua tu naik sampai atas katil kot? Melekat kat kaki . Huhu. 

Atau.. Ada ke jenis malas kemas sepah makanan anak terus tak bagi anak makan? Makan buah pun bersepah hampas, meleleh dan melekit sana sini. Kena lap juga kan?

Dah nak masuk umur setahun.. Kejap je adik dah nak setahun
www.tips-fb.com

3 comments:

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

tu tak termasuk kalau habuk jatuh atas karpet, air tumpah atas karpet...hahahhaa..mmg kena bertabah betul la bila ada anak kecik ni

cikel said...Reply To This Comment

Salam..hahaha..baby buli ummi dia..bukan selalu..heheh

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ada anak kecik memang kan. tiap kali la kena kemas rumah. kira kalau dah xlarat sgt sapu2 tmpt yang habuk biskut tu je. kes tak larat nak ulang lagi la tu huuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...