Saturday, February 6, 2016

Kisah Brownies Kedut.

Assalamualaikum...

Tak tau nak cerita apa pasal brownies kedut ni. Tak pernah makan sebelum ni, nak buat pun tak reti!



Beli dua loyang tinggal ni je. 


Dah beberapa minggu ngidam sangat la anak tekak ni nak makan brownies kedut yang orang duk viral kata sedap tu. 

Nekad order bila nampak ada offer rm50 untuk dua loyang. Makanya, lelaju msj. Adik tanya boleh ke tolong ambikkan. Gigih la hamba Allah tu redah jem kat kl ambik brownies akk dia sorang ni

Tadi merayu la kat laki ajak redah jem nak ambik brownies lat adik. Tapi ... Dari petronas equine tu kereta dah bersusun tak gerak nak masuk ke MEX. kami patah balik umah. Hari pun hujan manja dan hati i pun hujan merintih pilu. Brownies oh brownies... 

Sambil sidai baju duk pujuk hati.. Harap sangat hujan berhenti sebab nak ke kl naik motor. Berhenti je hujan berdesup lah kami ke sana tepat jam 1.05 pm. 

Sebab tak bawa anak, suami tunggu kat bawah je, LM sorang naik atas gi ambik brownies. Dah siapkan bekas sebab tau memang payah la nak letak mana kat motor tu nanti . Dua kotak tu.. Tu pun dah bagi adik 1/2 loyang. 

Bila tengok...

Err dua loyang brownies, ada hadiah lima bijik limau mandarin( puan alia dah bg tau semalam..) dan paling terkejut.. Sahabat alam maya ni hadiahkan tudung posmanina yg LM sangat suka beli online tu. 


Bila tengok ada tudung termenung jap ... Macam tak percaya. Kami bukan chat tiap hari, tiap bulan pun tak. Memang tak sangka puan alia hadiahkan tudung ni untuk LM. 

Alhamdulillah rezeki. Tak terkata gembiranya hati. Moga murah rezeki dan sihat selalu.. Amin. 


www.tips-fb.com

4 comments:

Sheila Adziz said...Reply To This Comment

Allhamdulillah cny ong sis.... Rezeki Allah Ya Razzaq... :)

ummi_khalish said...Reply To This Comment

tulah brownies ni dh jadi viral plak...popular..kt cni pun org cbuk buat..kita tmpng makn je ler...hihi..
rezeki buat lm..tahniah..alhamdulillah

Malinda said...Reply To This Comment

alhamdulillah...rezeki di bagi Allah...sedapnyeeee brownies tu dikkk...akak pon dah lama teringin tapi malasnye nak buat...yarabiii..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Viral ke? Saya tak tahu pun, LM. Kasihan saya ni kan. Of courselah kalau tak tahu makanya memang tak pernahlah saya merasa brownies kedut ni. Sedap sangat ke, LM sampai sanggup merempit?

Rezeki murah tu, LM. Beli brownies dapat limau mandarin dan tudung sekali!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...