Thursday, February 11, 2016

Mallaig Bungalow-Fraser Hill

Assalamualaikum. 

Mallaig Bungalow ni hak milik company suami LM yang disewakan dengan rate rm100/semalam.kalau kat fraser hill dulu ada banglo ni dan apartment di pine resort tapi kini apartment tu dah tutup tak disewakan akibat kerosakan teruk hujan ribut beberapa tahun lalu. 

Dulu kami tak pernah teringin nak duk banglo ni sebab ngeri besar sangat. Masa anak tak ramai rasa sunyi kalau duduk tempat besar nak-nak banglo ni berada di atas bukit. 

Bila apartment kat  The Pine Resort tu dah takda terpaksalah kami beralih arah. Rupanya banglo ni disekat buat dua rumah untuk disewa(dua orang bileh sewa dalam satu masa) dan bahagian tengah puan marsita( penjaga banglo) tinggal  di sini juga. Nak makan boleh order dengan beliau, tak jadi masalah pun. Dulu penjaganya cina tua..bila ada ramai menghuni rumah ni tak la takut sangat duduk sunyi atas bukit ni kot..

Sebenarnya hampir tiap tahun sejak kawen kami akan ke bukit fraser hill ni untuk bercuti rehatkan minda. Lari dari kesibukan kota, kebisingan dunia luar. Rasanya ada 10 kali juga kami ke sini sebab 4 tahun di qatar je yang kami tak habiskan masa kat sini. Balik cuti ke tempat lain jalan-jalan..

Dulu masa suami berkerja di company **** kami duduk di silver park bila datang di fraser hill ni. Sama juga.. Company *** ada banglo dan apartment juga untuk staff sewa. 

Berbalik kepada banglo yang dah dua kali kami sewa ni, dulu sewa kat bahagian satu lagi, kat belakang.. Kali ni minta nak bahagian depan. 

Ni ruang makannya..segala urusan penyediaan makanan LM buat kat sini.




Haaa.. Goreng karipap pusing, nasik goreng, sambal sardin ke.. Semuanya LM guna rice cooker je. 

Biasanya LM sendal dengan sudu plastik, maka bila guna sudi besi kena lebih hati2. Takyah kondem la ye bagi yang hebat berkata2. LM tau memastikan keselamatan terjamin. Takkan la sengaja nak bahayakan diri. Dah 10 tahun gi umrah ke gi dubai ke gi krabi ke.. Ke mana saja LM memang usung rice cooker untuk memasak dikala jemu dengan masakan luar. 



Yang ni bilik tidur pertama..biasalah ada meja solek, kabinet baju, bilik mandi.. Selain katil dan sofa


Ni bilik tidur anak2, ada dua katil single, dua tilam extra dan selimut bantal. Selain ada sofa, bilik mandi semua tu. 

Bilangan tilam bantal boleh runding dengan puan marsita sebenarnya..


Gambar kat hall dalam handphone suami dan kakak maisarah. Nanti la LM upload kemudian ye .. Memenuhi permintaan kak linda yang nak tengok rumah inggeris ni. Rumah beratus tahun... Masih kukuh. Temboknya saja dekat sedepa tebalnya. 

Disebabkan ni kali kedua duduk rumah ni  baru LM perasan yang kurang sangat gambar LM snap sebab dah tak teruja macam yang pertama kali dulu. Ehehe.

Rumah rehat company kat PD pun lawa. Tapi agak trauma nak pergi lagi sebab masa kami bercuti ke sana dulu balik tu tengok rumah kena pecah. Walau sekarang dah ada security kat perumahan kami tetap terkenang pengalaman menyakitkan tu.. Huhu

Nota kaki: company nak jual banglo ni. Dah nilai harga pun.. Kalau terjual.. Boleh la orang lain (selain staff) sewa banglo ni.. 
www.tips-fb.com

3 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

cantiknye dalam banglo...siap fireplace lagi...memang kerlasss sangat...hakak sokaaaa dik oiiii....

Mummydearie said...Reply To This Comment

Takutlah LM duk kat banglo besar macam ni. Kalau duduk ramai-ramai bestlahkan. Saya ni tak pernah pergi Fraser Hill tau.

Sheherazade said...Reply To This Comment

ya Allah LM syg

pia berehat juga di FH cuti CNY hari tu

xberjumpa kita

aduhai,menarik nya harga sewanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...