Thursday, February 11, 2016

Masak Lemak Kobis Campur Udang

Assalamualaikum..

Disebabkan pagi tadi dah buat nasi lemak makan sampai tengah hari, petang la baru terkial-kial nak masak. 

Stok lauk memang takda pun, ada ikan baung pemberian bonda yang tak sempat lagi nak masak, daging sikit dan udang. Maka.. Terhasillah lauk versi malas ni..Masak Lemak Kobis Campur Udang


Mudah sangat... 

Bahannya
-kobis 1/2 biji
-Carrot 1/2 biji
-bawang besar 1 biji
-cili merah 1 biji dihiris(boleh belah dua tidak putus jika suka)
-1/2 cawan bilis (tumbuk kasar)
-santan 1/2biji kelapa.
- udang(bersihkan buang kepala dan ekor nya)
-garam

Masak santan bersama bawang,bilos dan cili. Apabila dah mendidih, carrot. biar dua minit kemudian masukkan kobis dan udang. Rasakan garamnya.

-sentiasa kacau santan agar tidak pecah santannya. Nanti tak sedap dan kuah jadi cair. 

LM lawankan dengan telur dadar dan sambal hitam yang LM buat hari tu. 

Mood memasak dah terbang ke awan biru... Tapi terpaksalah memasak, kalau tak kelaparan la anak beranak kan? Ekeke
www.tips-fb.com

5 comments:

Farahain ZFA said...Reply To This Comment

sedappnyaaa...

emieysandra said...Reply To This Comment

sedapnya kobis masak lemak..tambah pulak ada udangg..yummy!

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Pagi tadi kakak masak macam ini juga sebelum pergi kerja tapi basic kakak bukan kobis. Kakak masak pucuk manis.

Yana Libra said...Reply To This Comment

sedap gak tu~

Mummydearie said...Reply To This Comment

Pada saya ni bukan lauk versi malas tau, LM. Versi malas saya bila ayam digoreng aje. Telur digoreng aje. Ahah, itu versi malaslah buat saya. LM ni macam tau aje niat saya petang ni 'berkobar-kobar' nak masak lemak kobis tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...