Thursday, February 4, 2016

Memandu Di Saat Baby Menangis

Assalamualaikum...

Memandu Di Saat Baby Menangis!
Tengok tajuk je dah tau apa jalan ceritanya kan?

Ceritanya begini..
Seminggu yang lalu masa bawa kakak carik jubah dia, masa nak undur kereta suami terlanggar tembok kat ruang parking. Habis ranap cermin belakang  kereta. Tembok tu tak rata, tak sama level.bahagian atas dia ke depan sikit, bahagian bawah dia pula lebih ke dalam( kiranya macam ada lubang mcm buat stor atau mcm rupa bawah tangga.. kan ada lubang..tak reti nak jelaskan)

Bila undur kereta sensor dan camera kan kat bahagian bawah, memang la takda masalah, tapi kereta tak boleh undur betul-betul rapat ke dinding macam kereta lain kat sebelah2 kami sebab bahagian tembok atas agak ke depan(lebih kurang dua kaki ke depan).

Bila dah berkecai tu hati pun samalah berkecai.. Dengan acha dan apit tido nyenyak kat bahagian belakang sekali...hubby tak keluar pun cari jubah kakak maisarah. LM dan kakak je keluar ditemani bodyguard kedua(adik ad).

Maka, beberapa hari lepas kami hantarlah kereta ke bengkel. Tukar cermin(dah la tak beli insurance untuk cermin), ketuk dan simen. Tengok berceloreng mual tekak ni, suruh la cat sekali sebab menyampah tengok sapuk sana sini. Ke hulu ke hilir sabtu dan ahad lepas urus jenguk kakak kat asrama berhimpit la anak-anak berlima tu naik myvi. Gaduh bertumbuk, bertepuk tampar dan drama air mata silih berganti. Haish sabar je la ..

Bila kata kereta dah siap, maka gigihla kami ambik kereta. Macam kisah nak hantar ke bengkel, drama air mata dari baby ariz yang takmo duduk baby seat menangis meraung sebab time tido buat ummi stress. Meredah jammed ke balakong sampai menitis air mata melayan baby meraung nak tido minta dipangku. 

Bila ambik hari tu jadi masalah pula cermin yang bengkel tu hantar kepada (cha ya nun alif) tu bukan original. Mamat tu terpaksalah call balik si penipu tu kata customer komplen kata cermin bukan ori bla bla bla...

Senang je dia kata"kalau customer tak puas  hati blh antar tukar". Cehhh memang dia sengaja letak cermin tak ori. Kalau pelanggan ngok dia dapat la untung 300-400 sebab beli tak ori jual harga ori. Tak dapek la ekau nak menipu kan... Hantar la semula.. 

Disebabkan semalam kakak maisarah cuti sakit, masa hantar ke bengkel semula kakak maisarah pangku baby ariz. tertido la atas riba kakak. Time tido memang dia takmo duduk atas baby seat tu. 

Petang semalam pula kena hantar kakak ke asrama. Maka, kena ambik suami di cyberjaya. Suami gi kerja naik motor. Parking motor kat **** dan kami gi hanar kakak. Lepas tu senja tu balik semula ke cyberjaya ambik motor ayah dan ummi drive kereta meredah jammed dengan amukan baby ariz yang nak susu dan nak tido. Lagi dua km nak sampai rumah.. Dengan jammed yang tahap kereta tak bergerak, baby meraung... Rasa cam nak tinggal je kereta tengah jalan tu😥

Hari ni kereta siap...aduhaii lagi jadi satu masalah bersarang kat kepala otak ni. Mampukah diri bersedia hadap tangisan baby ariz masa memandu? Time pagi dan petang tu memang time tido dia. Bila jammed kan lama kat lampu trafik tu. tu yang dia mengamuk sakan, menangis sampai keras kan badan. 

Ummi dia pula bila baby menangis camtu terus panik sejuk satu badan.

Korang boleh memandu saat baby menangis?ampun.. LM tak mampu. Seram sejuk satu badan bila baby meraung. Pujuk tak jalan, nak stop tepi jalan tak boleh sebab tengah jammed. Boleh bayangkan tak?😥
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Tetiba kakak teringat ada satu viral yg kena kecam sebab ibu tu susukan baby dia (BF tau) sambil memandu.

Malinda said...Reply To This Comment

akak ada gak kene dua tiga kali...tapi lepas tu pi mana2 mesti ada orang ketiga...kikiki...lain macam pulak bila sebut orang ketiga tu...hahaha...seriaukan tapi tak bole buat ape2...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya memang tak bolehlah LM. Saya kalau memandu tak boleh dalam keadaan panik. Lagi saya panik, lagi teruk pemanduan. Dulu masa anak-anak kecil, memang saya tak memandu pun. Nasib baik jugalah takda perkara yang mendesak sampai kena memandu dengan baby yang menangis.

Cuma pernah sekalilah saya bawa si Abang masa tu umurnya dalam 3,4 tahun kot. Nak ambil suami di pejabat nun di Balakong tu. Ikut jalan pintas aje dari KL tapi separuh jalan dek kerana si kecil ni kan sambil ligat membebel, ligat bermain di tengah-tengah seat belakang, tak mahu duduk kat carseat, tertonggeng jatuh bila saya brek mengejut (tak ingat pasal apa).Dia jatuh tertonggeng belakang seat saya. Badan tu berat sebab montel, dah jenuh dia nak bangun sendiri sambil dua belah tangan menahan diri. Saya yang memandu ni macam nak pengsan rasanya tengok anak macam tu. Nasib baik jalan sunyi. Terus saya berhenti kereta berhampiran JJ Balakong tu dan ambil dia letak kat seat depan dan pakaikan seat belt!

Mila Hilas said...Reply To This Comment

sy dh ad pengalaman ni kak masa anak sulong..so sy amik jln, nyusukan dia sambil drive..tawakal jelah n selawat byk2, mtk jauh drp kejadian x diingini.. x sgup dgr meraung smpi xde suara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...