Monday, February 22, 2016

Mengurus Pakaian

Assalamualaikum...

Malam tadi memang badan rasa teramat letih. Lepas maghrib je terus LM lelap. Pandai-pandai lah baby ariz bawa diri. Mujur abang ad dia tak ke masjid. Sesekali ummi yang tidur-tidur ayam duk jerit nama abang dia tanya baby ariz buat apa.

Lepas ayah dan apit balik dari masjid LM ingat nak bekam.."jom bekam nak?" Tak sure LM yang nak bekamkan dia atau minta dia bekam kan LM. Haha.. Maybe acara berganti-ganti lah kot memandangkan badan ni lesu semacam je. 

Suami yang ambik kursus bekam, dia ajar LM cara nak buat dan biasanya badan dia lah yang jadi tempat latihan. Nak cuba kat badan siapa pulak kat rumah ni.. Kikiki. Makanya, dia yang kursus tapi LM yang kerap mencucuk badan dia bekamkan... 

Tapi dia kata nak gi gunting rambut. LM suruh la apit ikut sekali sebab rambut dia dah agak tebal dan panjang. Terus sambung zzzz semula. Hubby balik dah agak lewat baru lah memaksa diri sidai baju yang LM campak dalam mesin lepas maghrib tu. terus menggosok baju sekolah dan layan baby ariz yang turun naik katil entah berapa kali. Bangun menyusu pun berkali-kali.. 

Hari ni.. Nak muntah la LM mengerjakan kain berbakul-bakul yang tak bergosok. Kain yang tak berlioat sejak sabtu meninbun bagai gunung sahara. Kalau sehari 3 bakul.. Mana tak pitam nak melipat. Sabtu tu urus baju maisarah je cuci dan gosok untuk bagi dia bawa balik semalam(dia outing memang kami bawa balik rumah kejap)

Ni.. Baju semalam kelmarin dah selesai tapi..... Baju cuci hari ni ada lagi untuk dilipat dan digosok. Glurppp. Ingatkan dah siap kerja. Rupanya ada lagi?

Padan la muka. Kalau hujung minggu ke sana sini kain memang tak diurus. Bila isnin mula nak pitam mengurus pakaian. Kerja tak pernah selesai.. Kalau berkerjaya agak nya tak bercuci pakaian dan tak masak langsung la kot sebab buat kerja slow cam siput.
www.tips-fb.com

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Ngeri dengar LM ..
3 bakul nak dilipat tu..
Buat lah slow2 ye LM..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Betullah, LM. Kalau sehari miss gosok baju, lipat baju atau basuh baju, memang nak menangis-nangis rasanya. Saya biasa buat hari-hari sebab kalau terlepas sehari rutin ni, memang aduhai, pitam terus!

Tapi macam saya katalah, lately ni rasa mengantuk cepat sangat. Rasa macam nak landing cepat-cepat dan tidur. Tapi kalau buat gaya gitu walaupun sehari aje, memang jenuhlah nak menghabiskan saki-baki kerjarumah tu nanti!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira kadang baju bajan ni nadh yg lipat bila time dia free tu. tp biasa la kalau orang laki melipat kain. pejam mata jela susun simpan dalam lemari. kang kalau komplen takut takmo tolong lagi dah huuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...