Thursday, February 11, 2016

Nasi Lemak

Assalamualaikum..

Menu sarapan kami pagi ni nasik lemak bidan terjun. Tak plan nak buat nasik lemak pun. Duk menung toleh kiri kanan... Tengok jam pukul 8 pagi terus la cuci beras buat nasi lemak. 

Time tu lah baru merebus cili kering, baru nak goreng bilis untuk sambal.. Nasi lemak tanpa timun, tanpa kacang goreng. Hanya sambal dan telur mata saja.

Buat pun tak banyak.. Ngam-ngam sampai lunch je. Dua kali tarik(bekas tupperware tu je). Untuk lunch ni tadi LM gorengkan dada ayam yang dibelah nipis celupkan dengan tepung goreng hot and spicy bestari. Syafiq yang liat nak makan pun tekun makan. Syukurlah anak-anak tak cerewet makan. LM malas nak fikir bab masak sebab nak uruskan kain yang menimbun balik dari bercuti ni.

Terbaca hari tu ada orang share dia buat nasi lemak campur sikit dengan beras pulut. Maka LM campurlah sikit dalam 2-3 sudu camtu.. Saja nak try. Letak pandan, hirisan bawang, halia, minyak masak sikit dalam sesudu besar(supaya nasik berderai) Blend kelapa parut yang dah beku tu.. Kejap je siap. 

Gabungan pulut tu memang buat nasi lemak lebih umphh. Kena ngan selera LM. Macam biasa LM guna beras yang kitorang makan tiap hari je lah.. Guna basmathi faiza. Tak kuasa nak mencari beras lebih bagus ke apa pakai je apa yang ada. 

Ops cerita pasal beras teringat beras untuk bubur baby ariz dah abis. Malas betul nak gi beli. Panas terik kat luar tu.


www.tips-fb.com

6 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Kat rumah saya kalau buat nasik lemak diaorang suka nasik lemak yang kaler kuning.Rasa macam nasi minyak..buat sambal, goreng ayam dan telur rebus..yang tu suami dan anak2 suka sampai ulang2 mkan.tengahari pun tak payah masak..tapi saya tak suka makan nasik2 ni..

Yana Libra said...Reply To This Comment

oooo..kena try ni..beras pulut yee

emieysandra said...Reply To This Comment

nanti nak cbe jgk la letak beras pulut ni. Nasi lemak ni feveret sy, tapi xleh wt selalu, nnti sy sndiri je yg dok menambah.huhu

cikel said...Reply To This Comment

Salam..kakLM sy ni pub tgh menunggu nasi lemak masak..kebetulan sambal telur untuk sarapan tadi byk lagi..tu yg tetiba tekak nak mkn nasi lemak..sy bila makan nasi lemak mmg semata nasi sambal telur je..ikan bilis n kacang tak buat sbb ayah gout..nnt dia makan susah..

Farahain ZFA said...Reply To This Comment

teringat pulak nasi lemak arwah ibu ain selalu masak.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, kali pertama saya tahu tang letak beras pulut tu. Pagi tadi pun saya masak nasi lemak. Pagi tadilah tanak nasi lemaknya, goreng ayamnya, buat sambal tumisnya, potong timunnya dan telur rebus. Oh, kat rumah saya memang takda kacang atau ikan bilis goreng kalau buat nasi lemak sebab saya seorang aje yang makan. Ahli rumah ni tak faham nikmat makan nasi lemak bubuh kacang dan ikan bilis goreng!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...