Saturday, February 20, 2016

Resepi Brownies Kedut Yang Mudah

Assalamualaikum


Akhirnya LM buat juga brownies kedut. LM share  Resepi Brownies Kedut Yang Mudah ni ye.


Baru siap..

Sedapnyaaaa.  LM suka kekacang tu yang letak almond dan walnut. Tapi tak letak banyak sebab syafiq tak suka kekacang.

Bahan A
225 gram coklat compound
135gram butter
-cair kan dengan kaedah double boiler

Bahan B
-3 biji telur
-225gram gula caster
-sikit essn vanila

Bahan c
-220 gram tepung gandum
-1 sudu kecil serbuk penaik
-35 gram serbuk koko
-1sudu teh nescaffe

Cara:
Bahan B di pukul hingga rata. Tak perlu pukul lama hanya guna tangan saja. 

Gaul bahan C.Kemudian masukkan bahagian B dan A. Gaul sebati. 
Selepas itu masukkan ke dalam loyang 10x10 dan bakar selama 30-35 minit dengan suhu 160 degree.(ikut oven masing2)

Selepas masak jangan terus keluarkan dari oven. Tutup suiz dan renggangkan pintu oven. Lepas 10 minit baru keluarkan. Orang kata tu tips untuk bagi dia kedut. Ntah la...sebab LM tengok dari dalam oven dia dah berkedut macam nenek kebayan dah. Ekeke..

Hari tu LM order dua loyang sehari je habis. Anak-anak suka sangat. Sibuk syafiq tanya ummi tak reti buat ke? "Tak pandai.. Sebab tu ummi beli je!"

Haha coklat kat mahal. Buatnya tak menjafik kan rugi. Tapi sebab tadi boring sangat, buat jugak la sebab takda apa budak-budak ni nak kudap. Esok maisarah outing , ambik dia nanti boleh bagi dia sikit makan kat dorm. 

Mudah sangat rupanya cara buat brownies ni.. Lain kali boleh la buat lagi dan lagi. 
www.tips-fb.com

3 comments:

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

mudah kan buat brownies :))

syira yaya said...Reply To This Comment

nice recipe! :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Lepas ni tak payahlah beli lagikan. Umi dah boleh buat sendiri. Boleh buat sebanyak yang dimahukan anak-anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...