Monday, February 15, 2016

Saya Dah Pandai Jalan!

Assalamualaikum..

Saya Dah Pandai Jalan!

Tertido awal nampaknya baby ariz malam ni. Keletihan... Dalam beberapa hari ni makin kerap dia berlatih bertatih. Dapat lah 4-5 langkah sebelum tersungkur atau tersembam. 


Dia dah susut banyak!
Aktif sangat:(

Sian... Keletihan agaknya. Tak henti-henti asik belajar jalan. LM tak paksa pun. Dia yang berdiri sendiri dan langkah sendiri. Dah lama dah dia belajar berdiri tapi dia takmo jalan, takkan LM nak paksa. Adik beradik dia paling awal jalan pun 11 bulan. Paling  lewat si kakak sulung 1 tahun 3 bln. 

Tak sangka belum setahun akhirnya melangkah juga baby ariz. syukurlah.. Sekurang2 nya ummi tau anak ummi normal kaki sempurna sihat mampu berjalan. Boleh mendengar, boleh berjalan.. Bersuara tu adalah sikit2 perkataan 'ay yah(ayah)' 'babap' 'nak'..

Umur 11 bulan LM takdalah berharap anak sekecil ni mampu bercakap cepat pun sebab LM pun lewat gak bercakap dulu. Pelat lak tu. setahun lebih ke dua tahun bercakap tu normal la. asal ada suara dia bunyik hujung2 perkataan tu kita dah tau anak kita tak bisu kan.. 

Tiap ibu bapa tak harapkan banyak, anak  lahir sempurna dan sihat cukup lah. Yang lain belakang kira. Pandai ke tak kita usaha kemudian nak bagi cerdik tang mana. 

Raya nanti kalau panjang umur meriah la bila ada budak kecik ni terkedek2 jalan dengan baju melayu. Tak sabar!!!

Err raya tahun ni raya kat mana ye? Hilang ingatan jap. Kikiki
www.tips-fb.com

4 comments:

syira yaya said...Reply To This Comment

waaa dah dapat kaki ni seronok la nak berjalan kan :)

Malinda said...Reply To This Comment

lagi banyak la peluang baby nak mengemas pasni dik...hahaha...anak2 gitu la dik bukan semuanye sama je...cam anak akak ada yg cepat jalan ada je yg lambat...

Rozita said...Reply To This Comment

haha... dah tak baby la pasni.. anak2 akak semua berjalan umur setahun 3 bln LM...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dah terfikir-fikirlah tu nak beli baju raya untuk si kecil ni. Mesti comelkan tengok dia terkedek-kedek berjalan pakai baju melayu dengan songkok.

Tengok anak LM yang kecil ni nampak sekejapnya alahai masa berlalu. Macam baru aje baca kisahnya baru lahir. Tau-tau dah nak dekat setahun ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...