Thursday, February 4, 2016

Saya Tak Suka Tengok Anak Kurus Kering.

Assalamualaikum...

Tajuk ni hanya untuk anak saya je ye. Maka.. Tak perlu nak sentap bagi sesiapa yang anak jenis berbadan kecik atau kurus. Saya buat entri ni hanya berdasarkan badan anak LM yang kurus kering sebab tak mau makan. 

Sejak kecil, maisarah dan adik ad memang debab. Lepas masuk reception badan adik ad terus  mengecut tapi dia tetap makan macam biasa. Mungkin terlalu aktif di sekolah dan hampir tiap petang LM paksa dia teman kakak swimming dan berbasikal sebab badan kakak obes masa tu. Masa ni kat qatar, takda alasan kena bayar swimming pool ke apa sebab compound ada pool masa tu. sekarang ni tak gigih pun nak angkut anak ke pool tiap minggu, busy memanjang!

Tapi...
Acha jenis takmo makan sejak boleh makan. Badan dia montel sikit2 je.. tak la tembam sangat macam kakak, adik ad, apit dan baby ariz masa kecik.Kalau buat bubur tu dia makan sesuap dua je. Seminggu buat bubur takmo makan, ummi merajuk dua hari tak buat bubur. Esoknya buat dia makan la semangkuk kecil. Esok lusa takmo makan lagi.. Tapi dia menyusu je la. lepas dia pandai suap sendiri umur setahun lebih baru dia nak makan dan mula bambam. Dengan syarat dia cuma nak makan sendiri. Bertabah je lah masa tu kena kemas sepah makanan dia tu. janji kenyang dah la...

Syafiq... Masa kecik bambam..tapi bila dah besar, dah sekolah.. Mula susut. Mula pandai makan segala junk food dan takmo makan nasi. Susut sebab letih sekolah? LM rasa tak kot? Sebab takmo makan. Kenyang je memanjang! Mujur sekarang ni lepas dia makan chaliph dia dah mula selera nak makan pagi petang dan malam. Pagi nak ke sekolah pun dia sarapan dulu(walau kena paksa.. Nak la juga makan berbanding dulu). Tak gemok pun takpe asal tak la kurus kering cam aritu. Sedih LM tengok dia kurus melidi tak cam ummi nya  ni. Ahaha..

Baby Ariz... Dulu kecik kemain debab, ni dah melasak badan dah slim je. Kemana je pergi orang tegur dah susut.. Sedih oi hati ni. Bukan tak bagi makan, sehari tiga kali makan bubur.. Cuma badan dia takmo debab balik. Tidur pun kurang.. Mana nak debab. Kalau bubur lauk ikan tu laju dia makan.. LM masih kisar bubur dia sebab dia baru ada 4 batang gigi. Sian usus dia kerja keras nak hadam makanan tu nanti kalau tak blend. Pernah LM suap dia bubur sepupu dia kat kampung. Sesuap je dah dibuang. Takmo telan langsung. Sebab tak kisar dan tawar kot? Kalau kisar kan ada rasa ikan atau ayam tu.ada rasa sayur.. Mungkin dah selera dia gitu.. LM ikut kan je lah. Tu yang dekat setahun pun masih bubur dia dikisar. Mudah hadam.. 

Tapi.. Badan dia takmo debab. Harap pipi je montel. Stress lak tengok anak tak tembam ni. Dah abis ikhtiar dah.. Tapi kan.. Baby ariz ni lah yang LM langsung tak campur FM sampai usia hampir setahun. Agaknya anak LM yang lain dulu debab sebab FM ada gula kot? Malas la nak fikir sangat, orang kata takpe tak debab janji sihat. Cumanya sekarang ni gaduh dengan syafiq je lah sebab dia payah nak makan. Kalau nak tunggu dia mintak makan tu seminggu sekali pun payah. Memang kena paksa dan ugut. 

"Kalau tak makan nanti sakit cam kakak maisarah!"

"Kalau tak makan nanti kena cucuk ubat kat montot"(padahal cucuk ubat tu masa dia demam. Ekeke)

"Kalau apit sakit ummi tak boleh tunggu kat spital tau.. Ummi ada baby kat umah"

Ugutan demi ugutan nampaknya membuahkan hasil. Selera makan pun nampaknya dah bertambah, agak banyak dia makan sekarang ni. Lengan dia alahai kecik sangat. LM rasa kesian sangat tengok dia kurus kering.. Nampak sangat tak cukup makan sebab tu kurus melidi. Sobssss..

Nota kaki:apit sejak masuk tahun baru ni dah kurang menyusu... Tu yang LM risau sangat takut lapar kalau dia tak makan.


www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Memang sudah hati kalau anak tak suka makan
Biasa budak lelaki kalau masuk usia 9 tahun keatas akan mula suka makan kakak perhati anak buah kakaklah. Agaknya Syafiq jenis macam itu..

Yana Libra said...Reply To This Comment

susah jugak kan kalau anak xnk mkn..adam pun sama..cuma lepas cirit birit hari tu selera dia naik dah..

ummi_khalish said...Reply To This Comment

salam LM...hti seorg mak ...dil paham..anak2 dil plak jenis pemakan tapi badan mmg x naik..kurus memanjang nya...riso juga....huhuhu..tapi nak buat camno dh ikut maknya melabolisma tinggi so dil cma pastikan dorg sentiasa makan...hihi

hainom OKje said...Reply To This Comment

Anak anak mak pun tak debab sangat, tak delah sampai ketak ketak tangan tu. Body biasa biasa jer....
Mmglah kalau tengok budak budak kurus ni kesiankan tp kadang tu bukan kurang makan, tp dah baka dia kot...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ahah, bukan LM sahaja tak suka anak kurus melidi, saya pun tak suka tau. Anak-anak saya pun debab dek kerana susu formulalah, LM. Saya syaklah. Abang dulu masa kecil alahai, gebu gebas betul. Kalau tengok dia makan, sampai terduduk bersandar kat dindinglah sebab montel. Dia pun hisap susu lama sampai 4,5 tahun. Orang kata nanti dah sekolah, penat dengan aktiviti, kuruslah. Saya tengok tak juga. Bab dada memang montel sungguh! Saya pulak ngeri! Hari-hari Daddynya pasak kat telinga suruh diet. Asal nampak makan aje, kena tegur. Kasihan pulak saya tengok anak bujang tersado saya!

Si kecil ni pun minum susu formula juga tapi dah berhenti menyusu sejak last year. Si kecil ni memang slim sungguh. Kita pegang tangan pun alahai, rasa macam pegang ranting kayu pulak! Ni masa demam teruk, lagilah ringan jadinya anak saya. Saya tengah dalam misi nak menambahkan ke-sasa-an tubuh si Adik Cute sekarang ni. Alhamdulillah,lepas baik demam seleranya elok. Asyik lapar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...