Tuesday, February 23, 2016

Selesai

Assalamualaikum...

Dah sarapan?
LM cuma sarapan ringkas saja pagi ni. Kebetulan stok makanan belum top up tak dapat la nak masak beriya sangat. Ada lebih nasi semalam sikit, LM gorengkan untuk bekal dan sarapan adik ad dan acha pagi tadi. Lebih sikit lagi tu bagi suami sarapan lawankan dengan oat. 

LM alas perut dengan roti dan secawan kopi je. Alhamdulillah baby ariz elok sambung tidur depan tv, dapat lah LM sidai baju dua bakul tu dan sental baju sekolah sebaldi. Tengok dia elok tidur dapat selesaikan gosok baju yang sebakul lagi lebih semalam yang tak sempat siap tu. 

Dah tercungap-cungap letih tengok dia masih lena terus sidai baju sekolah yang dah siap dicuci tadi. Haaa camne nak elak dari jadi tiga bakul? Pakaian harian sebakul, seluar jeans, pakaian hitam dan seluar sekolah semua tu sebakul. Baju sekolah putih pun dah dekat sebakul... Baju singlet dan tudung semua tu kumpul2 dah dekat penuh sebakul..huhu. 

Takpelah... Asalkan elok panas semua pakaian kering dah cukup lega. Sekarang ni LM cabar diri agar siap lipat pakaian sekitar jam 2.30-3.00 petang. Kalau pakaian yang perlu digosok tu biar tepi dulu bila baby tidur baru gosok sebab baby suka main kat iron board, bahaya nak gosok kalau dia mengacau. 

Ni dia dah bangun, melekap je kat ummi. Bila nak masaknya? Abang ad dia tu macam ummi, kalau sehari takda nasik tak boleh hidup. Mesti nak nasik kalau siang dah makan bubur nasi ke mee ke.. Malam dia mesti nak nasik kosong dengan lauk walau pun sekadar ayam goreng atau telur. Eh, anak ummi.. Mestilah cam ummi kan?

Selesai urus kain buat diri lega. Nyampah tengok kain menimbun.
www.tips-fb.com

3 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sehari dua ni saya memang penat membasuh,melipat dan menggosok pakaian. Maklumlah bila pergi bermalam di mana-mana, mesti pakaian kotor tu paling kurang pun sebakul. Sampai terasa-rasa sakit bahu kiri ni tak tahulah kenapa pulak!

Malinda said...Reply To This Comment

gitu la kalau ada anak kecil kene pandai bahagi2 kan masa...akak dulu penah masak lauk malam2 time anak2 tido jadi esoknye senang sikit keje akak...baju memang basuh pepagi atau malam gak...tengok baby ralit tido laju2 pi sidai... :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

samalah kak. kira pun dalam sehari mesti nak kena ada Nasik jugak. tapi tak kisah nasi ape pun asalkan nasi. kalau tidak tak boleh duduk rasa huuuuu. nasib laki pun jenis paham.

kain baju tak berlipat tak berbasuh memang sakit mata. huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...