Thursday, February 4, 2016

Susun Atur Kabinet Dapur

Assalamualaikum

Susun Atur Kabinet Dapur.

Bersepahnya.. Malu kalau orang tengok. Main tarik je, tiap pagi dan petang nak buat air tarik-tarik dan akhirnya terbiar berselerak begitu saja. Bila nak mengemas? Sabtu ahad konon hari cuti tak juga free. Sepanjang minggu memanjang tak sempat nak kemas.

Syukur tadi petang sementara adik ad tolong vacum hall, dia ambik alih tugas ummi..baby pun leka main kotak kasut, dapat lah LM susun balik semua teh dan kopi semua tu.



Teh boh uncang,serbuk,teh hijau boh,oat,milo,horlick,nestum,kopi,teh uncang arab(jenama apa ntah utk buat teh pudina), coffee hazelnut,jem, nutella,habatussauda capsul, minyak habatussauda,garlic tablet,vco... Haaaa sumbat semua dalam ni. Kiranya, bila bukak laci ni untuk buat air di pagi hari, terus capai vitamin yang wajib makan semasa perut kosong. Jimat masa dan dapat mengelakkan dari skip makan vitamin.

Tak la kemas macam susun atur kabinet kalian, tapi.. Boleh la. tak la serabut macam tadi. Naik pening nengoknya. Nak cari teh pun tak jumpa.. Ahaha. Jangan ikut peel pemalas LM tu ye, susun la kabinet korang selalu agar sedap mata memandang.

Korang simpan semua barang ni dalam apa ye? Jom share idea, mana tau boleh kita bertukar-tukar pendapat. 

Sebenarnya lebih baik kita simpan semuanya dalam bekas empat segi agar jimay ruang. Tapi tupperware yang bulat tu memang tak terpakai. Dari simpan je buat perhiasan baik LM guna. Yang purple tinggi tu LM simpan milo, yang merah tu LM simpan susu syafiq. Keduanya hadiah dari mama(panggilan anak2 buat jiran depan rumah di segamat).dia bagi bekas ni bersama bekas air untuk anak-anak juga last year kot kalau tak silap. Tupperware polkadot tu pun bulat, huhu... Guna je lah sebab dulu beli untuk bekas kuih raya tapi hubby tak suka guna. Katanya tak nampak apa isi dalam tu. payah tetamu nak kena bukak satu-satu nak pilih kuih. Ahaha..dari terbiar baik guna je .

Nota kaki: ni pun entah berapa hari tahannya, silap-silap berselerak balik selepas dua hari maklumlah bukan LM sorang buat air kat rumah ni..
www.tips-fb.com

3 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

Hihi...lebih kurang sama jer kita ni LM. Mak ni lagilah sakit mata tengok dapur tu bukan setakat drawer jer tau tp nak mengemasnya asyik delay jer hihi....

Rumah LM ada lipas tak?

Mummydearie said...Reply To This Comment

Teh, milo, kopi saya susun dalam balang kaca sepesen aje semuanya. Senang mata rabun saya ni nak tengok tapi saya tak simpan dalam laci kabinet, LM.

Saya lagi suka kalau bab dapur ni kita seorang aje yang conquer. Senang sikit. Kalau banyak tangan, lagilah tak keruan jadinya. Lagi sakit mata nak memandang!

Fizah said...Reply To This Comment

saya pun ada ruang khusus utk brg2 buat air ni...sepesen kita..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...