Sunday, February 14, 2016

Tangkas

Assalamualaikum...

Mengantuknyaaaaa.. Macam tak puas tidur rasanya. Baby ariz terlebih aktif semalam. Eh semalam je ke? Huhu

Dia ni tangkas sangat sampai LM selalu cakap kat ayah dia yang dia ni terlebih vitamin kot? Otal dia kemain lagi memikir nak buat apa lepas buat sesuatu angkara. 

Dah la tangkas.. Kalau dia nak mengerjakan sesuatu tu kita sambar tangan kanan, laju je dia terus sambar guna tangan kiri. 

Sambil ayah dia cicah roti dengan air teh laju tangan dia genggam hampas teh dalam tapis teh(LM simpan sebab nak buat baja hampas tu..sebab tu gigih semalam guna teh serbuk).. Sobsss

Dia sambar plastik roti terus gigit sampai seplatik roti kemek.. Dan juga plastik roti tu KOYAK digigitnya!! Roti baru beli pulak tu😂.

Sedang bahagia makan berjaah dalam talam anak beranak, dia yang duduk atas riba terus sepak dulang sampai nak terlingkup(dulang letak atas bangku). Dua saat lepas tu dia join nak makan sama dengan sapu dulang guna tapak tangan macam mamak canai roti canai. Sobss

Jap lagi dia panjang meja jepun kat dapur mencari apa barang yang boleh dia campak ke bawah. Satu demi satu dia buang ke bawah.

Bila masuk bilik dia tolong kemas khazanah ummi. Segala minyak, krim.. Yang tersusu habis dia campak dari rak. Tasbik berbatu warna warni pemberian rakan balik dari haji yang harganya berpuluh ringgit dari sebelum syafiq lahir LM simpan.. Malam tadi dia dah berjaya putuskan. Habis berderai. Huhu bukan pada nilai RM nya.... Tapi tu pemberian jiran di doha dulu. 

Dah naik atas katil pun tak diam gak. Kejap naik atas ummi macam menyeberang jambatan nak ke katil dia. Dua minit pastu naik lagi atas ummi menyeberang ke tepi katil ummi pula. Entah berapa puluh kali dia menyeberang 'jambatan' sebelum terlena pun tak tau la. panjat kepala ayah sebab nak panjat kepala katil semata-mata nak main wayar lampu tido toksah cakap la.. Tu kegemaran dia tu. huwaaa

Budak 11 bulan ke sana sini tak letih le? Dah la kaki pendek, mesti dia rasa rumah  yang sekangkang kera ni bagai istana di mata bayi seusia dia kan? Memang tiap malam LM urut dulu satu badan fia baru nampak dia boleh tido dengan lena tanpa hempas2 kaki. Lenguh kot? Biasanya kalau ummi ngantuk sangat ayah dia la melayan dia picit dan usap sampai terlena. Bateri Energizer kot dia ni.. Tak mampu LM nak layan tiap malam. Dari pagi melasak sampai ke tengah malam. Uhukk


www.tips-fb.com

4 comments:

Hiro said...Reply To This Comment

hai Ummi..hehe

Aimaniman Ezaiza said...Reply To This Comment

bw sini.. hii.. rindu saat itu bila anak2 dah semakin membesar sekarang... syoknya urut lutut sampai ke ibu jari kaki anak dengan vicks atau minyak telon dan akak masih amalkan sampai la ni wp yg bongsu dah 6 tahun...

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Hahaha... mak baca sambil membayangkan keletahnya...

Nanti bila dia dah besar mesti Umminya teringat-ingat, terkenang-kenang. :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha! Pakai bateri tahan lama nampaknya. Ni bukan bateri beli kat DIY ni ^_^

Biasalahkan LM, anak-anak baya gini kalau nasib 'baik' memang melasak aje kerjanya. Memanglah kita penat tapi seronokkan bila tengok dia aktif sepanjang masa. Lega kejap tengok anak aktif. Lepas tu kita start membebel semula! Hehehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...