Sunday, March 27, 2016

Ahad...

Assalamualaikum...

Salam ahad. 
Alhamdillah masih bernafas ke saat ini. Anak2 sihat dan ceria. Selagi anak depan mata selagi itu bahagia mekar di dalam hati. Tiada erti bahagia selain melihat anak2 di depan mata, tiada lain selain anak2.. Allahu..

Nampaknya projek minor dah jadik projek mega. Renovation yang kononnya cuma nak tukar tiles asal saiz 1 kaki ke saiz 2 kaki di hall utama dan buat stor di laluan bilik tetamu dan bilik anak2 jadi makin besar projek nya.


Tiada dalam plan asal. Incek suami buat keputusan tukar pintu kaca(sliding) kepada security door. Dua-dua hall pun tukar pintu security. Takmo pasang tingkap baru..katanya takmo pakai langsir. Leceh nak buat langsir selalu..baeklah, hati menurut saja. Pintu keselatan memang penting. Sebab masa  rumah dirompak dua tahun lalu pintu keselamatan di dapur tak boleh dibuka oleh penyamun. Mereka angkut barang melalui tingkap bilik belakang. Nampak sikit rosak pintu keselamatan dapur sedikit kemek, mungkin sedaya upaya merrka cuba umpil dari dalam dan luar tapi tak berjaya. Sebab tu bila kata nak tukar pintu LM iyakan saja.. Demi nyawa... Tingkap pun ditambah itu ini agar tak boleh ditanggalkan . Belajar dari pengalaman.. Memang perit bila rumah dipecah masuk. Barang kemas dan barang berharga hilang lesap begitu saja.  Orang hanya mampu kata sabar dan takziah, namun trauma tu sendiri yang tanggung sampai mati. Bunyik 'klik' sikit malam2 pun dah pucat muka ketakutan. 

Tiles tak pasang lagi. Cermin di hall kedua pun baru nak pasang hari ni. Lepas tu cat.. Harapnya minggu ni selesai. 

Sejak dah ada pengawal keselamatan di kediaman kami agak sedikit lega. Cuma tak menjamin 100% selamat . Tetap memyamun berjaya curi basikal juga, tetap ada yang berjaya melolos masuk intai2 rumah orang dan snap gambar juga. Kediaman kami tiada orang lain selain melayu. Sorang je india. Tu yang mudah nak tau ada orang asing masuk tu.

Nota kaki: habuk.. LM dah mula selesema. Huhu


www.tips-fb.com

3 comments:

Puan Wawa said...Reply To This Comment

Allahu, semoga Allah lindungi akak sekeluarga..

singgah pagi..:)

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Betul tu LM..
Pengalaman yg byk mengajar kita erti kehidupan..
Kena berhati2 ye LM..
Mau tak traumakan..

Yana Libra said...Reply To This Comment

seksa tu nak tunggu siap..huhu..sabar je la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...