Thursday, March 31, 2016

Aku Tak Kuat Rupanya

Assalamualaikum..

Harap hujung minggu ni kerja2 renovation siap sepenuhnya. 


Projek asal nak tukar tiles je.. Sebab tiles hall utama ni tiles asal (rumah second hand)tak tukar masa renovation sebelum masuk haritu. Tapi meleret ke projek tukar pintu security.tukar tingkap.. Tukar pintu hall kedua ... Buat stor(sepanjang dinding purple sampai pintu bilik ketiga yg terbukak tu)


Ni kanvas yg dipasang antara dapur dan bilik kedua.  Kami duk bilik kedua tu masa siang.. Malam masuk bilik sendiri. Siang ikut pintu belakang keluar masuk keliling umah. 


Baru plaster kasar.. Perlu plaster halus dan dicat semula. Tapi kena siapkan pasang tingkap di hall kedua dulu. Kena bukak pintu sliding, naik kan batu . baru pasang tingkap. Kena selesaikan
Pasang tiles di hall utama baru angkut barang ke sini dan pecahkan pintu sliding tu. sempit macam sardin camne nak buat kerja kan?

Hari ni lebih mencabar. Bilik kedua tak boleh diguna sebab nak bukak tiles area depan bilik kedua menuju ke bilik air. Kanvas dialih ke sempadan dapur. Kami duduk berkurung di bilik pertama. Nak le dapur kena pusing ikut pintu depan. Masuk dapur ikut pintu belakang. Mak aihh mau 2 kg ni hilang! Nak masak, nak cuci pinggan buat kerja kan kat dapur.

Lebih parah air minum pun tak sempat ambik. Ni baby dah nak tido bila lagi nak lari ke dapur ambik air? Sobsss. 

Dulu ingatkan kuat diri ni menghadap semua ni. Ternyata aku tak kuat rupanya. Malam tadi tertumpah gak air mata ni. Rasa susahnya... Peritnya.. Ye lah nak keluar bilik kena sarung selipar. Kena jaga dan pujuk amukan baby yang nak lepas bebas main kat hall . 

Tak larat nak jawab bila orang tanya dulu kenapa tak buat? Kan susah habuk semua tu.. 

Camni lah ye.. Lain orang lain ketebalan poketnya. Bagi yang tak tebal poket kenalah begini.. Simpan sikit buat sikit. Bila simpan lagi buat lagi sikit. Tak yah samakan orang A yang ada setengah juta terus renovate umah siap sempurna dengan orang yang takda poket tebal. Ngerti ngak?

Kenapa perlu menangis? 
Kita ni kalau stress sangat pun nangis gak. Ops LM la.. Bukan orang lain. Ada gak aku angkut tilam dan bantal bawa kat dapur ni baring tergolek ngan baby ariz kat dapur lagi mudah dari ulang alik ke dapur ikut pintu belakang dari bilik depan😐


www.tips-fb.com

1 comments:

Cik Puan Eka said...Reply To This Comment

Semoga dipermudahkan kak LM. BIasa org mesti tanya2 mcmtu kan. Kalau lah kita ni duit kepok, nak sekaligus pasang tukar semua. Tapi itulah. Ape2 pun beso umah akak. tak sabo tgok hasilnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...