Wednesday, March 23, 2016

Apa Menu Kalian?

Assalamualaikum.. 

Hari ni macam semalam.. Tak buat apa cuma mengadap baby ariz 'terkurung' dalam bilik solat. 

Pagi2 dah jemur baju.. Tak sempat siap jemur kontraktor dah sampai. Hubby yang sambung sidai, laju2 ambik baby ariz yang lena tido dari bilik. Kunci bilik dan angkut dia kat bilik 'kurungan'. 

Pagi tadi sarapan bungkus dari luar lagi. Nasi lemak sambal ayam . Sedap! First time dapat nasik lemak sambal sedap gitu. Alhamdulillah...

Macam semalam juga baby ariz memang takut sangat bunyi bising pecahkan tiles lama dan ditambah hari ni kerja2 memecahkan dinding untuk buat pintu baru ke arah bilik anak2 dan bilik tetamu. 

Sementara baby ariz memgacau ayah dia  kerja(work from home) ummi lelaju masak. Menu paling ringkas. Sambal sardin campur kentang, sawi pak choy sos tiram dan cili hijau campur bilis. Tu je..cukup lah.. Tu pun entah berapa kali baby ariz terlepas keluar 'membantu kontraktor bertukang'. Mujur ayah dia cepat kejar . Padai dah dia singkap kanvas melolos diri ke kawasan larangan. 

Syukur anak2 dah berlepas ke sekolah agama. Dah makan.. Dah siap solat mandi ..kenyang .. Ummi lak terbayang2 lauk sardin tadi tapi lum sempat nak menyuap lagi. Bilalah baby ariz nak tido ni? Kena makan dalam bilik la ni kot? Mereka sedang pecahkan tiles sempadan dapur. Debu dah macam kabus memenuhi dapur. Mujur cepat simpan lauk dalam tupperware. 

Sambal sardin!! Betapa daku terbayang sardin je sejak tadi. Last makan sardin masa gi fraser hill haritu kot? Lama dah.. Terkenang sardin kat dapur ni sebab lapar ke sebab terliur tak tau la. huhu

Apa Menu korang hari ni?
www.tips-fb.com

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Akak masak kari kepala ikan merah je LM..
Balik ambil darah kat DEMC pagi tadi..
Ptg ni tunggu keputusan pulak...

Kalau renovate rumah macam tu lah..
Tak tahan berdebu simin tu..
Hendak ada baby Rizz tu..
Kenalah berkurung..

hainom OKje said...Reply To This Comment

Hari ni nak gi Kursus haji so tak yah masak yeayyyy....haha.
Sambal sardin mmg mabeles LM....yelah kekadang yg simple tulah yg sedap kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...