Tuesday, March 8, 2016

Bekal-Nak Bubur Ayam?

Assalamualaikum..

Macam biasa adik ad ni walau dah darjah lima tapi keterujaan memilih menu bekal melebihi adik2 nya. Bila petang je dia akan ligat berfikir nak bawa menu apa.

Dia minta LM buatkan bubur ayam. Erk??? Bubur? Malasnya nak kembangkan beras, malasnya nak kisar ayam(dada ayam beku ..malas ya amat). Bila nak tidur malam tadi ingatkan nak ngelat la, tanya lagi kat dia. Boleh tukar ke nasi lemak?(sebab timun jepun ada lagi takut rosak). Dia buat muka tempe. Tak jawab takmo tapi tau dah... Sentap la tu.

Ye lah.. Dari petang dia merencana nak makan dengan sambal kicap(johor sangat la adik ad ni, tak tinggal sambal kicap). 

Maka sebelum tidur kembangkan lah bubur. Mujur beras cap rambutan stok untuk bubur baby ariz hari tu ada sikit lagi. Kalau guna beras basmathi bubur kurang lawa dan tak berkanji. Lambat kembang pulak tu, beras tu jadi memanjang je.. 

Pagi ni baru kisar ayam dan tumis bahan2 ... Alhamdulillah berjaya juga penuhi hasrat si anak walau mata ni terpisat-pisat nak bangun pukul 5.30. Golek2 kejap 5.45 baru lah bangkit dari perbaringan. 

Bertambah2 syafiq makan. Ecehh yang tadika pun bangun awal, penangan bau bubur ayam satu rumah ke apa ni? 

Alhamdulillah... Selagi bernafas dan ada kudrat ni boleh la ummi penuhi permintaan anak2. Mudah je pun, cuma malas nak kembangkan bubur je. Takyah promote noxxa la ye.. Daku ni suri rumah sepenuh masa, macam tak perlu pula memiliki periuk yang kalau tak silap harganya rm500 lebih tu kan? Ke lagi mahal? Tapi.. Dalam kepala ni dah terfikir juga nak beli pressure cooker philips yang fungsinya serupa noxxa tu. dah usaha hari tu tengok tak sampai tiga ratus pun.. 

Perlu beli ke? Rumah ni dah ada pressure cooker jenis guna dapur gas tu. tapi saiznya boleh masuk 4-5 ekor ayam tua kot? Biasa LM guna untuk masak rendang kenduri. Amatlah tak sesuai untuk kegunaan harian yang setakat nak masak secawan beras untuk bubur. Maka, kalau plan nak tambah barangan elektrik dapur rasanya pressure cooker elektrik adalah pilihan paling atas.

Biasanya bila memilih barang, duk fikir dua tiga kali juga. Ye lah macam food prossessor. Dulu rasa tak perlu. Tapi bila nak buat daging kisar, bakso, nugget.. Nak kisar ayam susah terus beli. Nak cocang atau hiris sayur dan bawang pun mudah. Mudah nak uli roti, pau, pizza.. Tak perlu parut carrot untuk buat kek. Baby ariz makin lasak, kalau takda pembantu kat dapur memang malas memanjang la nak masak.. 

Errr tapi ummi tak boleh sarapan bubur. Tak kenyang. Huwaaaa... Memang nak kena carik sarapan lain ke apa ni?




www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

saya pun kalau makan bubur tak kenyanggg..uhuhu

cikel said...Reply To This Comment

salam..saya selalu masak bubur dalam periuk nasi 5 pot tu je..tumis bawang putih pun dalam periuk tu je..masuk berass 1 pot air 3 pot..masuk sekali kentang carrot halia..dalam 30 minit dah siap bubur..senang..air pun takda melimpah-limpah keluar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...