Tuesday, March 22, 2016

Bila Baby Bangun Pagi...

Assalamualaikum

Pagi ni rasa letih dan tak puas tidur. Alarm berbunyi jam 5.20 memang tak mampu nak bangun. Last-last dekat pukul 6 baru mampu celik mata. Tu pun minta si Ayah kejutkan anak berdua tu.

LM pula baru je nak bangkit baby dah tarik minta upah susu. Nampak segar je mula dia. Terus dia duduk! Sobsss memang tak boleh buat apa lah kalau gini.

Maka, terus minta si ayah gorengkan nugget untuk bekal anak. Dah pukul 6 memang tak sempat la nak nasi lemak bagainya.

Sambil siap keluarkan pakaian sekolah acha dari almari baby elok je baring atas katil kakak dia. Mujur dia tak mengamuk
Atau merengek. 

Sementara LM hidang sarapan ayah dia dukung. Fuhhh lega. Mujur dia tak cari ummi dia. 

Nota kaki: jarang sangat dia bangun pagi time ummi nak siapkan bekal abang kakak. Adalah sekali dua je kot sepanjang setahun umur dia ni. Tu yang bila dia bangun rasa serba tak kena. Padahal dia tak melasak kat dapur pun.

www.tips-fb.com

1 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kan kak bila anak kecik bangun pepagi mesti rasa kalut lain macam. walau kadang dorang tak kacau kita pun. tapi perasaan tu lain ihihihih. mak mak kot kan :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...