Monday, March 21, 2016

Bila Dah Biasa Ramai...

Assalamualaikum..

Baby ariz ni... Urut dada je la dengan kerenah dia hari ni. Ye lah, dah best ramai sejak jumaat.. Bila seminggu lebih meriah tup tup hari ni takda siapa kat depan mata, mulalah dia merengek takmo lepas. 

LM goreng ayam pun dia masih peluk kaki. Dari mencuci buang lemak dan kulit ayam, diam kejap leka makan biskut, dah  jemu biskut dia sambung bergayut kat kaki ummi. 

Syok nya cuti sekolah ada ramai abang kakak. Hari ni bosan sangat ngadap muka ummi je! Tu yang dia duk bebel dalam hati agaknya.
www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Itu yang kecik..ni mikhail yang besar pun sama je..biasa ada kakak, usik kakak je..hari ni tak de kakak memang tuju ibu je la..main tutup buka lampu..punggah barang2 ayah dia dalam laci kat stor...alasan dia.."bocan"

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahahahaa dia nak ajak ummi main baling baling bola tu :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...