Wednesday, March 9, 2016

Budak Lelaki Peluk?

Assalamualaikum..

Kisah semalam.. Sampai hari ni kecoh tak reda lagi. Acha(8tahun). Balik je dari sekolah tengah hari semalam terus ngadu dipeluk kawan lelaki kelas dia. 

Dah pesan kalau budak tu buat lagi siku kan je dan terus bagi tau cikgu. "Kalau mak dia ada dia baik. Kalau mak dia takda dia memang nakal sangat" tu du acha. Ooo anak cikgu~

Bila bukak group kelas dia malam tu ada ibu cerita anak dia kena cium dengananak cikgu situ jugak. Ada lagi sorang duk cerita anak dia kena cubit sampa terkopek kulit tangan. Ada bapak ngamuk kata ank dia selalu kena ejek, ludah dan macam2 lagi. 

Tot tet tot tet semua pakat ngadu. LM pun tambah garam,cerita acha kena peluk ..ada yang kata anak kena libas sampai berdarah leher. Wahhh kemain hebat budak ni?

Last2, LM whatsapp guru kelas maklumkan hal ni dan minta tolong dia nasihat budak tu. nampak acha takut sangat kena peluk dengan budak tu.

Katanya budak lelaki tu kat sekolah agama pun nakal. Kalau dia usik orang ustaz marah dia. Lepas tu dia melalak nangis sampai termuntah2. Ustaz gak yang kena cuci muntah tu.

Hurmm..ustazah dah mesej kata dia dah nasihat dan tegur budak tu. terima kasih berkali2 pada ustazah kerana bantu ambik tau hal ni. Sian juga, guru kelas banyak benda nak urus . Cuma hal ni kalau kita2 kaum ibu bapa ni masuk campur takut mak budak tu(cikgu yg ajar kelas tu juga) segan atau takut dia tak minat nak ajar anak kita pula nanti. Akan rasa tak best la nanti.. Tu yang malas nak buat aduan ke pihak atasan walau banyak sangat aduan dari semua ibu bapa.

Yang perempuan dia peluk di cium. Yang lelaki dilibas diejek di lidah..hero betul anak2 cukup vitamin zaman sekarang ni. Panjang akal sampai semua benda yang orang dewasa buat dia pun buat kat kawan. 

Moga isu ni cepat selesai..huhu
www.tips-fb.com

4 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

bahaya tu..kena atasi masalah tu cepat kan..

Malinda said...Reply To This Comment

dik akak cakap ni bukan nak kondem anak2 cikgu ye...sebab bukan sume mcm tu hanya segelintir je tapi kebanyakan anak2 cikgu yg akak kenal sume memang nakal semcam tau...sian gak dgn mak diorang sebab bukan tak marah atau tak amik tindakan..tapi tu la mungkin ini jugak cara Allah nak menguji umatnye...moga masalh ni bole di selesaikan dgn baik...kecik lagi tu inhaa Allah masih bole di bentuk...

Muslimah Optimis said...Reply To This Comment

apa yang punca anak cikgu tu jadi macam tu. kesian acha

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai, anak cikgu! Ini memang dah terlebih makan vitamin macam-macam ni. Kalau saya pun jadi makbapak budak-budak yang kena kacau tu, tak senang duduk jadinya.

Yalah, kita ni kalau boleh tak mahu memperbesar-besarkan perkara tapi kalau dah banyak kali kena, tak akanlah nak diamkan aje. Yang susah, anak kita juga nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...