Tuesday, March 29, 2016

Chicken Chop Rice Simple

Assalamualaikum...

Angin malas masak dah datang. Pening nak kejar baby ariz yang kemain rajin nak bantu kontraktor pasang tiles. Sehabis daya dia cuba selak kanvas yang ayah dia dah pasang dan tampal tu. seboleh-boleh dia nak lepas ke hall sana nak tolong buat kerja.

Siang kami keluar masuk ikut pintu belakang. Malam nya apabila mereka dah balik baru masuk ikut pintu depan. Bila terkurung kat bilik nombor dua(bersebelahan dapur) dan cuma ada dapur, bilik tu dan bilik air.. Baby ariz mula lah rasa bosan. Asik terperap situ je. Bosan la kot?

Semalam beli peha ayam yang dah bondless.. Maka, mood malas datang seiring dengan stok bahan yang ada. Apa lagi... Ini sajalah menu yang hadir


Sangat simple. Takda coleslow, tak sempat nak parut carrot. Ayam tu LM dah potong2 kecil mudah budak ni nak makan, hari ni jadual balik lambat. 1.30 baru sampai rumah. Telur mata pun takda... Biasanya buat ada telur mata. Style restoran padi house. Takpelah, anak tak komplen pun. Janji habis makan. Janji selera makan... 

Empat2 anak kena makan.. Lepas makan wajib tido buat yang dua kecil tu lepas abang kakak ke sekolah agama. Syafiq kena cukup rest sebab ada latihan futsal petang ni. 

Cuaca panas gini rasa malasnya nak gi hantar anak . Huhu.. Best terperap je kat bilik. 
www.tips-fb.com

3 comments:

Suriaamanda said...Reply To This Comment

kalau nasi kosong..lawan ngan ayam goreng panas..letak kicap..memang layan la...

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

ini pun dah nampak sedap LM :)) nyum nyum

Malinda said...Reply To This Comment

ok sangat dah tu dik yg penting perut anak2 tak lapo...akak kalau sampai tahap malam setakat goreng telo mata kobau je mampu...makan kapit dgn roti...kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...