Friday, March 4, 2016

Dia Lagi Laju Dari Ummi

Assalamualaikum..

Salam jumaat. 

Hari ni mood ke laut, moga Allah permudahkan segala urusan diri ini, amin....

Bila takda mood, buat apa pun tak berapa menjadi. Masak pun tak lagi ni! Huhuhu...

Paling geram dengan diri sendiri, rasa diri ni lembab sangat buat kerja. Sedang asyik menyusun dadih ke dalam peti sejuk, tangan kanan susun. Tangan kiri pula sibuk keluarkan beberapa biji epal dan pear konon nak dibuat aiskrim untuk anak-anak syurga ni. Tapi...belum sempat bak buat apa-apa baby ariz dah capai tupperware berisi tempoyak pucuk kayu dan bukak, terus dapat segenggam. 

Uhukkk menangis pun tak guna. Terus la capai tangan dia bawa cuci. Baru je beberapa saat sebelum tu cuci tangan dia sebab melekit dia makan pear. Haish... Bila dia menapak datang intai ummi buat kerja pun tak tau?

Lepas bengang baby mengerjakan stok lauk kegemaran ayah dia tu, terus tak jadi buat aiskrim epal. Terus angkut bawa masuk bilik. Tak sempat nak selak langsir nak buka tingkap dia dah keluarkan pampers yang ada khazanah isi perut bahan buangan dia tu dari dalam plastik. Uik? Pandai bukak plastik? 

Dia buat macam budak tadika belajar mengira.. Keluarkan satu-satu dan susun. Ya Allah.. Geramnya la hai... 

Masukkan pampers tu(mujur elok lekatkan betul2, kalau main masuk plastik tak tutup elok khazanah tu kan dah melambak keluar?) terus angkut bawa masuk bilik air cuci tangan dia kat sinki. Erkk belum sempat nak pusing keluar, dia dah capai berus gigi ayah dia. Grrrr

Lajunya tangan dia. Ke.. Ummi dia yang slow? 

Allahu.. Anak itu punca kebahagiaan. Anak itu amanah Allah. Sabar ummi.. Sabar, penat sikit je kan.. Layankan saja lah. Huhu


www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

huhu..sbr bebanyak yee

Mummydearie said...Reply To This Comment

Umi takda mood tu, itu yang rasa macam serba tak kena. Yang sebenarnya kita memang lagi pantas daripada anak tapi adakala biasalah, kadang-kadang tu lemau juga dibuatnyakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...