Tuesday, March 1, 2016

Gulai Lemak Cili Api Ayam Campur Nangka Muda

Assalamualaikum...

Sesekali teringin nak makan menu kampung. Kebetulan hari tu jumpa nangka muda dah siap potong-potong. Nampak murah je rm1.50 ada tiga keping. Sambar la sebungkus, makan berdua je kan...

Tadi LM gulaikan la dengan ayam.

Owh ye.. Negeri kami biasanya kalau sebut gulai tu masak lemak cili api, berbeza dengan sesetengah di utara panggil gulai tu masak kari kan?

Untuk sekali makan je..adalah 4-5 ketul ayamnya. 

Cara LM..
Ayam 4-5 ketul
Halia 3/4 inci
Kunyit hidup 1 inci
Cili api merah jenis besar-8 biji
Kelapa-3/4 biji(ambik santan pekat saja)
Asam keping-1 keping
Garam
Serai -2batang-diketuk
Nangka muda(rebus terlebih dahulu)

Caranya: tumbuk halus cili api, halia dan kunyit. Masukkan ke dalam periuk bersama ayam. Biarkan air ayam kering sebentar. Masukkan santan, serai dan asam jawa. Kacau sentiasa agar tidak pech santan. Masukkan nangka muda yang dah direbus tadi. Perasakan garam. 

Style mertua LM masak gini lah.. Kalau bonda LM masak gulai cili api dia tumis dan pakai bawang. Orang nogori takda guna bawang.. Disebabkan suami dah biasa makan resepi begitu kenalah masak begitu.. Ye tak?

Orang kata nangka tu angin, mujur LM tak apa2 makan gulai nangka tu. harap baby ariz tahan la.. Risau juga.




www.tips-fb.com

4 comments:

Hanis Azla said...Reply To This Comment

As-salam LM,

Wah.. sedapnya.. Akak mmg suka masak lemak nangka.. kalau ada lauk ni mmg berselera makan.. TQ untuk resepi tu.. kalau emak akak pun tak letak bawang kalau masak lemak..

Yana Libra said...Reply To This Comment

sy asal nogori, tp mak ngan uwan sy masak guna bawang..huhu

Malinda said...Reply To This Comment

sedapnyeeee...lama dah tak makn lauk2 camni..dulu2 time akak kecik2 kalau kenduri kat kampong2 memang selalu masak cengini..siap ayam kampong bagai tu...lagi berganda sedapnye...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Aduh..sedapnya LM..saya suka kalau gulai lemak nangka ni ratah je..sambil2 tengok tv memang boleh habis seperiuk..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...