Thursday, March 10, 2016

Hari Ni Khamis Rupanya?

Assalamualaikum


Hari khamis ke? Huhu ingatkan hari ni jumaat. Bangun pagi rasa nak pitam. Maka tak jadi nak bangun(ekeke.. Boleh gitu?)

Minta suami tolong kejutkan anak. Otak kosong tak tau nak masak apa untuk anak2 punya sarapan dan bekal. Pukul 6 baru la terkedek2 ke dapur. 

Last2 gorengkan je sosej campur telur . Tepek kat roti, picit sos cili dan mayo. Tu je. Air pun suami yang bancuh. Pening sangat sebab baby ariz banyak kali bangun menyusu malam tadi.

Dah 6.15 acha merengek kata hari ni khamis,dia kena pakai pakaian sukan. Erk?? Khamis? 

Lelaju gosokkan seluar sukan dia. Haha,petang semalam siapkan pakaian dia memang duk set kat otak esok adalah jumaat. Rupanya hari ni khamis la.. Dush!

Sejak baby ariz tak mau lepas asik nak berkepit ni gosok baju tiga helai je yang mampu, lepas tu dia mula bergayut kat tepi iron board. Ish bahaya
www.tips-fb.com

6 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

mmg bahaya kan nk iron sbb bdk kecik tu nak gak join..Adam sibuk nk duduk kat kerusi gak..byk kali ckp bahaya, tp x mkn saman T_T

Muslimah Optimis said...Reply To This Comment

wahhh. seluar sukan pun akak iron ke

Mummydearie said...Reply To This Comment

Susahlah nak buat kerja menggosok kalau dah baby memaut aje kat situ...

Dah terkena penyakit saya ke, LM? Asyik terlupa hari... Saya pulak kalau tengah minggu mulalah datang penyakit lupa. Hahaha!

Yaya Azura said...Reply To This Comment

seluar sukan kita tak iron.
jenis tak berkedut.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya kalau bangun pagi dah rasa pening memusing2 tu mesti darah rendah ..tak tahu kadang2 tu nak makan apa bagi darah ok..

hainom OKje said...Reply To This Comment

Bila dah jadi surirumh ni kekadang tarikh pun naik lupa...maklah tu haha...Biasalah ada budak kecik yg masih bf mmg gitu LM...bergayut jerlah hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...