Thursday, March 3, 2016

Kenapa Rasa Nasi Lemak Berbeza-Beza?

Assalamualaikum..

Nasi lemak..

LM bukan penggemar nasi lemak sebenarnya. Kalau keluar sarapan memang tak akan order nasi lemak kecuali kalau dah tau kedai tu nasi lemak dia sedap dengan sambal yang umphh

Kenapa ada nasi lemak sedap dan tak sedap? Ni pendapat LM yang tak pandai masak, bukan tukang masak jauh sekali chef. 

1.Bergantung kepada jenis beras. Kalai guna beras murah(nasib tak baik dia guna beras hancur) memang lah berbeza dengan beras yang berkualiti

2.kuantiti santan-kalau banya air dari santan mana nak datang lemaknya? Rasa dan warna dah serupa nasi putih je

3.bahan- orang yang buat nasi lemak ca guna santan dan beras berbanding dengan santan, beras, daun pandan, bawang, halia..(atau ada yang campur halba atau lada hitam) pasti lah rasa nasi lemak tu berbeza. Jauh beza rasa dia.

4.garam- nampak remeh.. Tapi, bila masak nasik lemak, kuih muih atau pengat yang menggunakan santan, garam adalah sangat penting untuk membangkit rasa lemak tu. garam dalam nasi lemak harus cukup barulah rasa nasi lemak kita sedap.

5.minyak-letak sedikit minyak agar nasi yang dimasak tak melekat sesama sendiri. elok je bentuknya.

6.sambal
-nasi lemak sedap tak syok juga nak makan kalau sambalnya tak sedap. Betul tak? Payah nak dapat sambal nasi lemak yang sedap. Kalau dapat, tak payah beli kedai lain, borong kedai tu je lah kalau malas nak buat sendiri.. Hehehe (tu LM la..)

Nota kaki: kat area umah LM ni malam(mgrb) ada jual nasik lemak sedap.rm1 sebungkus, nasinya adalah sebesar penumbuk syafiq. Telur dadar nipis lebar dua jari dan kacang tanah 5-6 biji. TAPI...Sambal dia sangat sedap. Makan dua bungkus sambil pejam2 mata, syok ooo. 
www.tips-fb.com

3 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Dah setua ini mak masih tak begitu mahir masak nasi lemak berbanding nasi ayam... ;-)

ummi_khalish said...Reply To This Comment

tulah..berbeza...kalau dil dulu..kat area umah dil kt klang ada satu kedai tu..sambalnya mmg maveles..nasi pun sedap berlemak...ramai org cina india makan juga..yummy

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun setujulah dengan pendapat LM ni. Kalau saya pun bila makan nasi lemak memang nak sambal yang sedap. Susah nak cari sekarang ni. Tapi baru-baru ni saya terjumpa satu gerai berhampiran pejabat yang menjual nasi lemak RM1.50 sebungkus. Takda apa pun setakat ikan bilis 3,4 ekor dan telur potong berapa entah agaknya. Tapi sambalnya memang sedap. Ada hari-harinya saya beli sampai dua bungkus tau ~ satu sarapan, satu makan tengahari. Punyalah terukkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...