Tuesday, March 22, 2016

Lepas Geram

Assalamualaikum...

Letih ya amat. Padahal tak buat apa lah sangat..sebelum maghrib dah menyental baju sekolah dan baju harian pun siap putar dah malam ni. Esok kontraktor datang tak perlu lah nak melintas kat kawasan berdebu tu time dorang buat kerja kat hall. 

Baby ariz malam ni lepas geram betul betul. Asik menangis tak mau lepas. Dah la melasak kejap tumpahkan air milo, capai itu capai ini. Nak buah semangkok, bagi sikit takmo. Nak makan cucuk dengan lidi macam orang dewasa. Bila ditegah dia memgamuk kaw kaw punya.. 

Memula ayah dia gelak .. "Lasaknya lahai" kata ayah dia. Tapi.. Bila makin menjadi2 menangis macam kena cubit tak sempat ummi nak gosok baju sekolah abang ad terus ayah halau surih masuk bilik bawa baby ariz. biar ayah yang gosok. Ahaha.. Tau pun pening kalau anak sorang ni mengamuk. 

Tak pernah lagi dia buat perangai meragam camni. Mungkin geram tak dapat bebas jalan sana sini kat hall kot? Berdebu dan serpih tiles lama berlonggok, mana lah boleh nak jalan sana sink kat hall tu dik oi! Huhu..

Makin bijak.. Akal makin panjang sejak dah setahun ni. Dah pandai jerit "nak" kalau ummi kata tak boleh keluar ye.. Kotor kat luar tu.. Lelaju dia kata nak sambil hempas2 kaki. Amboiih protes ye dik? 

Susah-susah pun kena pusing keliling umah ikut pintu belakang je. Tak begitu susah dari hidup kat hotel nak kena angkut segala barang dan pakaian sskolah anak. Memang LM tolak mentah2 cadangan suami untuk sewa hotel. Takpelah.. Sanggup daku duduk bilik belakang sementara siang dorang buat kerja. Malam bebas boleh guna bilik masing2. 

Kena layan baby ariz dengan lebih baik lagi dan lambak mainan banyak lagi agar dia okey dan mood sentiasa bagus je
www.tips-fb.com

1 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

baby ariz nak tolong kontraktor tu. bagi cepat sikit siap rumah. hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...