Thursday, March 24, 2016

Main Tarik Wayar

Assalamualaikum... 

Dah sarapan semua? 
LM sarapan nasi goreng cina dan kek coklat pagi. Haha makanan yang menggemokkan. Alhamdulillah sarapan pagi ni fresh from dapur sendirik. Tak beli hari ni. 

Lepas siap sarapan terus berkurung dalam bilik. Baby ariz tido kejap je, 10 minit pun tak sampai, lepas tu dia busy usung buku ke sana sini keliling bilik. 

Nampak mood dia okey terus LM gosok baju sekolah. Dah gosok tak yah la kalut nak gosok malam nanti. Tapi, dia bergasak main tarik wayar seterika la pulak! Sampai kita nak buat kerja tersekat2. Iron jalan sendirik. Kejap ke depan kejap ke belakang dengan sendirinya. Adohai bahayanya dik! Kot la iron tu terpelanting ke bawah kena dahi ke? Kepala ke? Dah la panas! Pastu sure bentol. 

Last2 tutup off je dan terus layan dia gelak. Jalan terkengkang2 toleh ummi pastu gelak. Angkut buku pandang2 ummi dan dia gelak lagi. Bahagia lah tu kot tengok ummi tak buat kerja apa. Dapat gosok dalam 10 pasang je baju. Bertabah je la.. Anak tengah lasak busy mana pun memamg tak boleh nak buat kerja yang berisiko ni bila dia tak tido. 


www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

best je malayan anak pagi2 lagi..saya ni kalau bangun pagi memang termenung sorang2 je sebab mikhail jenis bangun lewat..jam 10-11 pagi baru bangun..sementara nak tunggu dia bangun tu saya mengantuk sekali..jeehehe

Malinda said...Reply To This Comment

dah mula keje ubahsuai ye dik...dah start berkurung tu...kikiki...tak zabar nak tengok runag rumah bila dah siap nanti...kikiki...suka la baby Ariz mama nya ada sentiasa... :)

hainom OKje said...Reply To This Comment

Melayan budak kecik mmg renyah sikit. Tak boleh nak buat apa kita jadinya. Tapi seronoklah....benda tak kelakar pun dia rasa kelakar haha....

Dia suruh mama rehat jer tu landing atas sofa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...