Monday, March 21, 2016

Matta Fair-Berbaloi Ke?

Assalamualaikum..

Tajuk kemain kan? Haha..

Jujur nak cakap LM tak tau apa pun pasal matta fair ni. Bila tengok orang duk kata gi PWTC ada matta fair LM buat tak tau je.. Ingat ada pameran apa la agaknya.. Lantak la korang... 

Tapi.. Dua tiga tahun lepas kot? Masa gi pulau tioman tu kami satu boat dengan kakak ni anak beranak. Dia kata dia ikut pakej matta fair. Bila dia sebut harga bilik, sebut siap ada orang tunggu kat jeti dengan iring masuk feri tanpa perlu berebut2 macam kami rasa mak aihh jeles sungguh. Lepas tu terus berazam nak ambik tau apa tu matta fair? Ye ke murah sikit? Ye ke berbaloi? 


Haaa baby ariz dah sampai PWTC awal pagi sebab nak beratur beli tiket masuk matta fair. Murah je tiket rm4 .

Biasanya harga yang dorang offer akan valid sampai 31 dec 2016. Ada gak yang sampai oct,sept... 

Cuti sekolah rate dia sama ke lain?
-harga sama je.. Korang beli je.. Nanti lagi seminggu ke berapa hari ke nak gi korang call confirmkan tarikh tu.. Mudah sangat. 

Harga macam mana? 
-kami ambik yang kat DeRhu Resort Balok harga bilik rm300 lebih dapat rm150 yg mengadap car park, rm180 mengadap swimming pool.

-pool dia sangat besar.. Kira berbaloi bawa anak berkubang dalam pool besar tu. tak caye gi google. Makanan dia pun banyak pilihan. Kami ambik dua malam je.. Saja nak test.

Ye ke boleh gi jugak time cuti sekolah? Cam tak caye je?
-ye.. Memang kami pun macam tak percaya. Gi marta fair jumaat pagi, petang tu sebelum balik johor call dorang tanya ada bilik kosong tak.. Tup tup ada. Terus campak baju renang anak2 dalam beg jugak.. Dari johor, ke negeri sembilan terus terbang ke pantai balok. Yeay!!

Maka.. Benar lah. Memang boleh gi sana time cuti sekolah tanpa perlu booking awal pun . Call saja orang yang kita beli tiket tu. kalau call hotel sah sah takda bilik dah katanya.. Sape suruh tak booking awal kan? Haha..

Gambar kat DeRhu? Nanti la.. Ni entri pasal matta fair. Nak cerita bagi yang anak ramai, nak jimat berbaloi la kot .. 

Contoh lain..
Kereta sewa di Kota Kinabalu ..Harga biasa rm120-150 sehari. Dia bagi rm55/day. Kalau nak kereta besar tambah la duit.. Ni  kereta sedan je

Bagi yang nak ke luar negara banyak la promosi menarik. LM tak sempat melawat kawasan kat hall situ sebab berkejar nak ambik syafiq dari sekolah(jumaat dia keluar awal 11.30). 

Promosi kat terengganu , melaka semua tu LM lupa dah berapa harganya sebab bukan LM yang bayar.. Nanti masa gi sana update kat blog LM bagi tau ye..

Cuma nak cerita kalau nak jimat follow matta fair pun okey. Tarikh kita set kemudian.. 


www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

cik boss akak dari dulu mengila nak pegi matta fair ni...tapi hakak yg malas kemain...tengok cam sesak2 je kan tempat tu...kikiki...dah malas banyak pulak alasan kan...inshaa Allah matta fair akan datang nanti akak pegi kot...cam best je cerita LM ni :D

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ohooiiiii syok nyaaaaa. kalau ada matta fair nak kena pegi jugak ni. memang jimat sangat2 tu haaaa. siap xyah booking tarikh lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...