Tuesday, March 1, 2016

Mihun Goreng Tak Berapa Sedap?

Assalamualaikum...

Lengan masih sakit, buat kerja pun tak selancar selalu. Kena slow2 sebab lengan kiri tak boleh nak angkat sangat. Kenalah incek suami bangun kejutkan anak2 dan tolong buatkan bekal. Hari ni adik ad minta crabstick goreng celup tepung je..LM bekalkan sekali dengan roti coklat.

Untuk sarapan kami LM gorengkan mihun. Kebetulan sejak ramai yang hilang pekerjaan dan ekonomi menghimpit diri ni gerai jual sarapan tumbuh bagai cendawan di sekitar penempatan kami. Bawah2 kawasan rumah LM ni banyak flat. Kat tepi jalan dan sekitar bawah flat memang ramai yang berniaga, antara sedap dengan selera je lah nak beli. Pilih je nak beli kat mana.

Mahal atau murah. Ada yang jual nasik lemak dengan telur mata saiz kecik(saiz D kot sebab lebih kecil dari saiz C ) dengan harga rm2.50. Tapi ramai yang jual rm1. Sebungkus. Walau telur rebus dibelah 6, tapi sambal sedap dan nasi terasa lemaknya buat orang beli lagi dan lagi. Sekali beli lima bungkus terus... Sedap! 

Bak kata incek suami"  Macam jual kat restoran" ye la.. Dia kira telur kenit tu seringgit. Maka bila dicampur nasi rm1.50 jadik la rm2.50. Kalau sedap kita beli lagi. Tak sedap dan rasa tak berbaloi esok beli tempat lain.. Cumanya, kalau beli nilai rm5 tu dapat dua bungkus je la. kalau beli kedai sedap dapat lima bungkus makan sampai tengah hari. Licin dimakan  tak membazir. Kalau yang mahal tapi sambal tak sedap.. Memang la bini yang cerewet ni duk bising kata jangan beli lagi sebab tak sedap.. Hihi adat cerewet.. Nak masak malas, bila beli, bising pula kata sambal tak masak la, tak garing la. tak rasa bawang la. ceh!! Dasar cerewet!

Berbalik kepada kisah mihun tak berapa sedap.. Ada kedai ni mihun dia sedap. Nasik lemak pun sedap. Ditambah pula sambal dia memang sedap. Tapi, jauh la pula, melencong jauh ke Giant tu. kalau nak kejar masa memang la tak berbaloi nak mencari sesuap mihun kat kedai jauh  tu.

Pertama kali kami beli terus ummi angguk2 cuba menganalisa rasa mihun tu. biasanya mihun akan hitam berkicap dan tak terasa rencah. Jimat bawang jugak kot? Tawar hebeh.. Tapi kedai tu.. Sedap la.. Boleh tahan. 

"Sedap, macam goreng kat rumah" komen incek suami.

Tadi, lepas anak2 ke sekolah LM rendam kan dua keping mihun. Bila syafiq dah nak ke tadika terus lah LM goreng. Sebab tak plan nak menggoreng mihun, LM cuma rencahkan udang kering dan telur saja. Sawi pakchoy pun ada sepokok je. Jadi la... 

Bila incek suami nak hantar syafiq ke tadika terus laju2 pesan." Nanti abang tak yah beli mihun yangs sedap tu sbb saya dah masak mihun tak berapa sedap" 

Haha tergelak la laki..sebenarnya i sentap dia duk kata mihun orang lain sedap. Tapi malas la nak cakap sedap kan? Tapi memang rasa tak rugi nak beli kalau time malas nak masak atau tak sempat masak sebab dengan harga rm1, rasanya cukup  rasa dan kuantiti amat cukup mengenyangkan bagi perut LM. Kalau perut yang besar sikit boleh makan dua bungkus.. LM makan share dengan acha cukup kenyang.. Alhamdulillah.

Mihun banyak.. Lunch nanti takyah masak la untuk anak2. Ummi buat2 diet tak yah makan pun takpe(sila jangan percaya).

Eh.. Rasanya, sekitar sini jual makanan harga rm1 jadi satu trend tau sekarang. Bersusun orang membeli. Kira harga jimat bagi insan yang ingin berjimat macam kami ni kot? Ye lah kalau nak telur mata kami goreng je sendiri kat rumah. Dah katanya beli tu untuk makan kat rumah. Jimat la takyah bayar rm1 untuk sebijik telur mata saiz D. Serius cakap.. Saiznya lebih kecil dari telur C! Huhu..

www.tips-fb.com

1 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

sentap lak bile husband puji org lain kan..huhu

skang nng byk gerai rm1 dah..bykk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...