Monday, March 28, 2016

Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum...

Pagi ni adik ad dan acha tak sekolah. Ada tilawah al Quran di sekolah. Tapi LM suruh juga mereka mandi awal takut syafiq ngamuk takmo sekolah tengok abang dan akak tak sekolah. Siap mandi pun bagus. Boleh putar kain sebelum kontraktor sampai. Tak payah lalu lalang angkut kain berdepan dengan debu. 

Plan nak bakar roti je. Tapi macam biasa, anak bujang sorang tu tak anggap roti tu menu sarapan. Takat roti sapu butter atau jem dia tak pandang. Kelat je muka bila disuruh bakar roti sendirik! Takmo la tu. gigih la ummi yang malas ni gorengkan nasi.


LM buatkan nasi goreng cina je. 

3 cawan nasi
2 biji telur
1 bawang besar
2 bawang putih
1/2 tangkai cili merah
Seketul dada ayam
1 pokok sawi pakchoy
1/2 btg carrot

Air LM buat kan kopi hazelnut untuk mereka. Tengok acha makan bertambah hati rasa berbunga gembira. Lapar anak ummi..

Lepas masak terus sidai baju. Hari ni baju tak banyak. Dua trip je. Alhamdulillah selesai sudah tugas wajib di pagi hari. Apa menu sarapan kalian?


www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Budak lelaki mana nak sama dgn budak perempuan
Kalau takat makan roti agaknya tak puas bukan tak kenyang
Ini dah dapat nasi goreng sah senyum lebarlah dia:)

Yana Libra said...Reply To This Comment

sedap berakfast..sy mkn kuih je td..hhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...