Thursday, March 3, 2016

Nasi Lemak Sotong

Assalamualaikum

Pagi tadi hanya bekalkan anak-anak denagn bebola ketam saja. Lepas tarik nafas.. Tenangkan diri, slow2 rendam 2 sudu beras pulut. Rebus cili dan terus buat sambal sotong kering. Tanak nasik lemak dua tarik(bekas tupperware tu) dalam microwave je lepas suami hantar syafiq ke tadika.

Maka... Terhasillah nasik lemak sotong tak cukup syarat ni. 




LM goreng telur mata untuk suami sebiji je.. Dia belah dua bagi LM separuh. Err dia ingat telur dah abis ke? Tak plan nak makan telur pun sebenarnya hari ni. Takpalah, telur c ..kecik je pun dah bahagi dua. 

Bila buat nasi lemak, lunch pun makan menu ni sajalah.. Senang. Sekalu harung je. 

Balik sekolah ni budak bertiga tu makan nasik lemak beriya2, macam sebulan tak makan nasik lemak. Siap minta nak bawa ke sekolah agama pulak. Maka... Licin lah nasik lemak ummi tu. syukur, takda lah membazir. 

Kat group masak2 hari tu orang yang berniaga tu kata sedap kalau masukkan sikit beras pulut dalam nasik lemak. Bila LM masukkan agak keras la pula. Maka, hari ni LM rendam kejap bagi kembang beras pulut tu. lawan kan pula dengan beras basmathi, memang sayang sedap lembut je lah hasilnya. Terima kasih buat hamba Allah yang sudi share tips unyuk dapatkan nasik lemak sedap tu. campak bawang, pandan, halia sikit.. Garam sikit.. Minyak sikit(supaya tak melakat2).. Kejap je dah jadik nasik lemak. Mudah je.. Antara malas ngan rajin je pun nak buat sarapan. Ekeke(ni tuju kat diri sendiri tau!)

Nota kaki: kdg2 tu nak buat nasik lemak tak boleh sebab lupa beli timun jepun. Tekak ni berapa mesra alam dengan timun biasa. Tu yang kadang tu berbulan tak buat nasik lemak
www.tips-fb.com

5 comments:

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

oooo macamtu tips nak bagi nasik lemak sedap. boleh try juga.. terima kasih sharing LM :)

emieysandra said...Reply To This Comment

sedapnya sis

Yana Libra said...Reply To This Comment

sy dah try ltk beras pulut tu..sedap gak laa :)

syazana amira said...Reply To This Comment

sedapnyaaa...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya kalau setakat nasi lemak ni kerap jugalah. Beberapa kali juga dalam sebulan membuatnya. Anak-anak saya suka nasi lemak. Tapi macam selalu, rumah saya kalau buat nasi lemak memang cuma ada ayam goreng, sambal tumis, telur goreng, timun jepun untuk HD. Lain-lain takda sebab semua tak makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...